Tiada apa yang menarik boleh aku kongsikan dengan korang semua hari ni....dengan cuaca yang panas dan kerja yang macam ada takde je hari ni...aku jadi agak slow hari ni.
Diam tak diam aku rasa dah dekat 15 tahun aku jadi mekanik ni..huhu..macam-macam pengalaman pahit manis aku dapat sepanjang tempoh tu.Dulu lepas SRP(skrg pmr) aku part time lepas sekolah kat bengkel dekat2 dengan kawasan rumah aku.Ialah masa tu hidup susah...keinginan memiliki sesuatu tinggi..nak harap mak bapak memang tak la..jadi aku buat la part time lepas sekolah.Tak sangka lak ianya menjadi kerjaya aku sekarang.
Aku tak pernah menyesal memilih bidang ni kerana aku memang minat dengan benda berkaitan dengan automotif ni.Walaupun dah dekat 15 tahun aku dalam bidang ni tetapi aku masih tetap belajar kerana semakin lama teknologi semakin canggih mengikut peredaran zaman.
Kalau takde orang2 macam aku ni alamatnya kereta2 sekarang akan jadi kereta pakai buang hahaaha...rosak buang beli yang baru.So kalau ada orang kat luar sana yang memandang rendah orang yang memilih kerjaya macam aku ubahlah tanggapan korang.
Kerja macam aku ni memang kotor la..serius memang kotor...kuku hitam...main2 dengan minyak..paling sakit jiwa kalau dapat customer yang banyak kerenah...kadang2 tu ada yang siap ajar kita lagi...aku x salahkan diorang...tapi kalau setakat tau teori je tak cukup kalau tak pernah di praktikkan.Tapi walau macam manapun customer is always right.So kita layankan je laaa.
Ada orang kata pomen ni suka menipu...hah...yang itu aku tak boleh terima...memang aku akui ada segelintir pomen yang suka ambil kesempatan...tapi cuba pikir...kalau kita tipu customer kita...agak2 dia datang lagi tak hantar kat kita?Biarlah untung tu sikit tapi tak pernah putus.
Risiko terbesar kalau jadi pomen cam aku ni ialah...HUTANG.....kereta dah siap repair tapi tak bayar.Janji bayar cukup bulan tapi tak bayar.Bila kita minta macam2 alasan diberikan.wahhh apa dorang ingat dorang je ada tanggungan...aku takde??Sebenarnya la kan...apa yang aku perhatikan..orang2 yang pakai kereta biasa2 ni semua ok...bayar cash..tapi orang2 kaya yang pakai kereta gempak bila masuk workshop hutang...orang2 kaya ni kadang2 lagak je lebih..suruh tukar tu suruh tukar ni cam banyak sangat duit...tapi bila dapat bill dia akan cakap camni..."Esok saya bagi cek"...muka konfiden je cakap....sudahnya cek apa pun tarakkk....hampagassssss
1 comments:
its a good thing ur working with cars..all the problems have solutions..if you work with humans there's the never ending problems and no solutions
Post a Comment