07 October 2011

Semalam,Hari Ini dan Esokk

Semalam,Hari ini dan esok....wahhh...tajuk macam hebat je.hehehe...Aku pun tak tau nak buat entry tentang apa ni...tiba-tiba terlintas pulak perkara ni di fikiran aku...perkara tentang semalam,hari ini dan esok.

**SEMALAM**
Apa yang berlaku dalam kehidupan kita semalam?Adakah ia sebuah episod sedih,suka ata duka yang berlaku dalam kehidupan kita semalam?Tidak kiralah seandainya apa yang berlaku semalam itu adalah sebuah episod sedih,suka atau duka ia akan tetap menjadi sejarah dalam hidup kita.Apa yang berlaku semalam akan memberi kita pengajaran dan pengalaman untuk menempuhi hari-hari mendatang.Semalam jugalah yang mengajar kita sebuah erti kehidupan.

**HARI INI**
Pertama sekali bersyukurlah kita ke hadrat illahi kerana masih bernafas pada hari ini.Hari ini juga akan memberi kita sebuah episod yang baru dalam kehidupan kita.Hari ini juga mungkin sama seperti hari-hari yang kita lalui seperti semalam.Hari ini juga mungkin kita akan mendapat sebuah pengalaman yang baru dalam hidup kita,pengalaman yang mungkin akan membantu kita menghadapi hari esok......

**ESOK**
Esok akan sentiasa menjadi misteri dalam hidup kita.Adakah kita masih bernafas esok?Adakah kita masih boleh melihat keindahan alam ciptaannya esok?Semua itu masih menjadi misteri selagi kita tidak menghadapi hari esok.Berdoalah kita supaya kita dapat melihat hari esok dan berdoalah kita supaya esok adalah lebik baik dari hari ini dan semalam.

0 comments:

Post a Comment