20 August 2010

For Sale

Memandangkan aku xde customer pepagi ni aku pun mengemaslah bengkel aku yang memang tak pernah kemas walaupun selalu dikemas.Jangan korang ingat dah nak hari raya ni rumah je kena kemas... bengkel pun nak kena kemas gak.Lepas mengemas tu aku jumpa lah stok barang-barang kereta yang dah lama tersimpan kat dalam stor bengkel aku tu.Oklah senang cerita aku nak listkan barang-barang tu kat sini siap harga sekali...kalau korang berminat mesej aku ok.ok selamat bershopping..aku nak listkan barang2 ni dalam MUDAH plak.






MIVEC
LANCER CK4A FRONT GRILL-HEAD LAMP-SIGNAL RM150.OO










RADIO GEN-2 STILL IN GOOD CONDITION RM100.00











ENGINE COVER FOR PROTON WAJA RM30.00










WIRA 1.6 CYLINDER HEAD RM150.OO











4G91-PUTRA-GTI CYLINDER HEAD KOSONG RM150.00











SAGA-ISWARA-WIRA 12V CYLINDER HEAD RM100.00









STEERING STANDARD PERODUA KELISA RM40.00











MAZDA B6 TURBO CYLINDER HEAD RM200.00










AIR COND COMPRESSOR FOR WAJA (USED) RM150.00










FRONT BUMPER EVO3 AND MIVEC CK4 RM250.00











WAJA CONDENSOR RM100.00












WAJA 1.6 AUTO GEARBOX CALL FOR BEST PRICE











WAJA ENGINE COMPLETE WITH WIRING AND ECU CALL FOR BEST PRICE









MITSUBISHI EVO3 INTAKE RM150














METER PERDANA SE RM150.00









METER WAJA 1.6 AUTO RM150.00









METER LANCER-CAN USE AT WIRA- RM150.00











L5 STEERING SHAFT WITH KEY AND SWITCH RM130.00

18 August 2010

Aku Kembali

Salam kepada semua blogger.Lama dah aku tak update blog ni.Dah naik berabuk dah blog aku ni.Masalah kesihatan dengan kerja yang tak putus-putus menjauhkan aku dari dunia maya ni.Hari ni aku luangkan sedikit masa membersihkan habuk-habuk kat blog aku ni dengan membuat entry baru.Terima kasih kepada blogger yang masih sudi melawat blog aku walaupun takde new update dari aku.Awal bulan ramadhan ni semua bermula dengan perlahan.... dah seminggu kita berpuasa.... alhamdulillah buat masa ni aku masih lagi cemerlang berpuasa.


Minggu lepas aku balik kampung Cik Ain kat Parit Buntar.Hujan sepanjang jalan.Dari Bangi ke Parit Buntar lebih kurang lima jam setengah.Aku bawak dalam 80-90 km/jam je sebab hujan lebat dan jalan licin plus Cik Ain yang sedang mengandung tu...terpaksa la aku berhati-hati.Sambutan bulan puasa kat kampung Cik Ain lebih kurang sama je kat tempat lain.... aku pun mengambil kesempatan tu berehat je la....dapat la tido puas kat kampung.Lagi satu...setiap hari ahad pada bulan ramadhan diorang akan adakan acara berbuka puasa kat surau depan umah Cik Ain.Orang kat situ panggil majlis tu MOREH.Seronok berbuka bersama-sama penduduk kampung.


Dua tiga hari ni asal petang je hujan kat area Bangi ni...aku tak tau la kat tempat lain... kesian pada semua peniaga pasar ramadhan tu.Tapi nak buat camne..itu semua kuasa allah.Kalau hujan je korang tau-taulah kan.... bengkel aku mesti banjir punya.Semalam punya hujan membuatkan bengkel aku banjir separas dada anak ayam.hehehehe......tension aku dibuatnya.... ni pun aku baru siap mengemas dan mencuci bengkel aku yang dipenuhi lumpur.....poning kepala aku.
Apa pun tu semua dugaan dari allah yang esa.... takpe aku takkan give up.

Cukuplah sampai disini untuk entry ni...Selamat Menjalankan Ibadat Puasa.....wassalam








07 July 2010

Day 5 Mivec to Waja.

Hari kelima........ semi final World Cup betul- betul memberi kesan.Tahniah kepada Holland kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir..... lawannya Sepanyol atau Germany.... Sama-sama kita tunggu pagi ni.

Ok...tinggalkan cerita world cup.Hari ini aku agak lewat sampai ke workshop..sib baik workshop aku... aku kuli akulah boss.... hehehe... kalau kerja dengan orang dah tentu kena terajang keluar dari workshop nyer!!!!... ok...hari ni aku target nak settlekan bahagian dalam... maksudnya wiring dan dashboard.... sedang aku syok-syok nak dapat idea camne nak modified tapak untuk pasang dashboard tu tetiba aku rasa angin kuat... aku pandang atas.... langit hitam... oh tidak.... ia akan berlaku lagi.... aku dengan kelam kabut cuba selamatkan benda-benda yang penting supaya tak tenggelam di dalam takungan air hujan nanti.Alhamdulillah.... hujan pun turun dengan lebat berserta angin kencang seakan akan ingin menerbangkan bumbung bengkel aku sekali.... tapi tuhan tu masih sayangkan aku..dia tahu itulah tempat aku menari rezeki.

Hujan turun dengan sangat lebat... seperti biasa... kalau hujan dah tahap maksima.... bengkel aku akan menjadi kolam takungan air... hahahaha... mesti korang takut jer dengar kan.Biasala... bukan aku taknak renovate bengkel aku bagi elok-elok sikit... masalahnya dana masih tidak mencukupi.Minta pinjaman TEKUN diorang kata pinjaman dibekukan sementara kerana ada peminjam yang tongon tau pinjam tak tau bayar.Yang menjadi mangsa adalah orang orang sangat memerlukan seperti aku.Takpelah... aku kumpul je la sesikit.. lama-lama jadi bukit.

So....xdelah apa-apa perubahan kat waja tu hari ni kerana cuaca buruk.... korang jangan ingat nelayan je takleh wat kerja kalau cuaca buruk.... aku pun sama gak macam dorang hahahah... oklah...timing aku untuk siapkan waja tu dah lari 1 hari.Esok aku kena catch up balik.... mungkin esok aku kena pulun sampai tengah malam.Kalau boleh sampai hidup enjin mivec tu.Aku harap-harap sangat agar esok tiada apa-apa kesulitan yang berlaku.






06 July 2010

4G92 Mivec Inside Waja Day 4

Day 4....hehe,.. lega sikit aku rasa harini sebab enjin mivec dah selamat disemadikan kedalam ruang enjin Waja.Bahagian depan tinggal nak buat final touch up je dengan wiring sikit sikit.Masalahnya dgn waja nye lampu ni dia tak pakai standard socket untuk lampu dia...leh lak wat lain dari yang lain.Saje je nak wat berserabut kepala otak aku.

Aircond console kat bahagian dalam pun dah settle.. bahagian ni agak masalah kerana tapak asal tidak sama dgn console mitsubishi... tapi kan kita yang buat dia..adjust la kasi masuk.Papan Pemuka...lain tul bunyi dalam bahasa malaysia..iskk...hehe atau lebih dikenali sebagai dahsboard pun ada masalah sikit... sikit tak sikit la... pening gak la kepala ni pikir camne nak modified.Tapak untuk screw semua tak sama.. lagi satu hal la ni.Aku try settle benda ni esok.Kepala pun dah sakit ni..perut pun dah lapar... bahagian wiring kat dalam betul betul berserabut.Wiring dari half cut telah dipotong separuh...jadi aku kena potong gak wiring yang dekat waja kemudian cari satu satu fungsi wayar tu semua...agak berserabut gak la kepala otak aku memikirkannya.

Korang rasa-rasa lagi berapa hari kereta ni leh berjalan dengan selamat di atas jalan raya??aku pun tak berani nak kata.Kalau aku nye workshop besar pekerja sampai 7-8 orang aku mesti kata esok siap... tapi aku kerja 2 orang je... yang lagi sorang dah tengah hari baru sampai kerja... sib baik adik aku.... kalau orang lain dah aku berhentikan kerja hehehehe.... oklah...aku rasa ni je kot update untuk hari ni.... ingat nak tidur awal sikit malam ni sebab pukul 2pg nak bangun layan semi final world cup...hhehehhe..sekian dulu..wassalammmmmm....


Cubaan mengadjust kedudukan dashboard...
alhamdulillah selamat gak ko duduk dalam ni
urat saraf kereta ni....poning pakcik

2 gambar ni masa enjin baru je masuk dlm body waja



aku rasa spain dgn holland final world cup tahun ni....

05 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 3

Hari ni cuaca agak panas... tapi oklah daripada hujan.kalau hujan kompom terbengkalai lagila projek aku ni.Ok..Day 3... aku rasa aku dah super lambat buat projek ni.Tapi biasalah.. nak wat camne... aku buat kerja dengan adik aku je... korang paham-paham jela kalau kerja bengkel cuma 2 orang je.... kena pulak ada customer datang nak servis ke apa ke... memang lari la timing di buatnya.Adik aku plak pukul 11pg tu dah paling awal lah tu dia sampai bengkel... tapi takpe... asalkan dia nak kerja dan tolong aku dah cukup bagus.


Hari ni aku start buat kerja dalam pukul sembilan.Memula sekali aku baraikan dashboard kat halfcut Mivec tu..Pastu aircond console dia..last sekali wiring dia.....ok settle bahagian dlm.Pastu bahagian enjin biasala....radiator..power steering.. aircond hos...eiii memacam lagila..... Tengah syok buat kerja ade sorang pakcik tu mintak tukar break pad dia... aku suruh adik aku tukarkan... bila dah siap tukar dia kata break still takde... bila aku check rupanya master pump dia yang problem.... adoiii... dah satu hal nak bukak master pump dia ..agak lama juga masa dihabiskan kat kereta pakcik tu sebelum kami dapat menyambung semula tugas kami yang tergendala tu... bila settle kereta pakcik tu kami pun cuba untuk mengeluarkan enjin Mivec tu dari ruang enjin dia...Alhamdulillah semua nya berjalan lancar....


Ok semua dah settle...Lebih kurang pukul 8malam aku pun cakap kat adik aku kita sambung esok... Muka belah kanan aku dah mula rasa sakit balik ni.... isk.. kalau nak sakit pun tunggula aku settle projek ni.Esok aku target nak pasang enjin mivec tu dalam waja dengan dashboard sekali..leh ke??? aku pun tak tau...tunggula esok yek.... okla...aku nak mandi dulu....jumpa esok!!!!






gambar2 ni aku amik masa dah gelap..biasala kamera murah...kualiti pun murah la!!

04 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 2- Part 2





Akhirnya berjaya gak aku mengeluarkan enjin waja ni dari bodynya.Aku start sambung kerja dalam lebih kurang pukul 2ptg setelah hujan turun dengan lebatnya.Enjin dah keluar...wiring semua dah keluar...esok aku tinggal nak membaraikan half cut mivec tu je.Mungkin esok aku akan pulun sampai malam.

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 2

Nampaknya apa yang dirancangkan hari bakal terunda setelah mendung di langit dan angin bertiup kencang menandakan hujan lebat bakal turun.(dah turun pun masa aku tulis ni blog ni). Ni yang merisaukan aku sebab timing semua dah lari.Tapi nak wat camne kan..ini semua kuasa allah.
Maklumlah workshop aku ni workshop kampung..takde dinding...yang ade hanya atap je dengan satu bilik stor.Tapi takpe...walaupun workshop aku ni cikai je tapi alhamdulillah selama ni kat sini lah aku mencari rezeki.Hujan pun dah lebat betul ni...bila hujan cam biasala mesti air bertakung punya kat lantai workshop aku ni...isk...kesian kan...takpe..nanti bila aku kaya aku upgrade workshop aku siap ade aircond semua...(berangan je la)....


Mendung Tak semestinya hujan (dah hujan dah pun)
Inilah bengkel cikai aku yang tak berdinding
Tunggu masa je nak runtuh air dalam awan tu!!!

03 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day1

Hari ni aku rasa malas je nak kerja.Tapi aku ni bukan kerja opis leh amik mc tapi gaji jalan.aku keje sendiri..x keje xde duit..hehehe...selalu hari sabtu orang kerja habis tengahari...tapi aku hari ni jadi terbalik plak..tengahari baru nak start.

Aku dapat 1 job ni utk convert engine 4G92 Mivec Ck masuk dlm kereta waja.So kali aku nak tunjukkan kat korang camne aku masukkan engine Mivec tu masuk dlm waja.Bukan Engine je..tapi dengan dashboard sekali.Dashboard Mivec ni guna aircond controller digital...nampak canggih la sikit kot..apapun aku tak kisah...dah itu yang owner kereta suruh..kita buat je la..janji dia bayar



Inilah kereta Waja yang dijadikan mangsa





Bahagian Dalam Waja Yang akan Dibaraikan




Ni la half cut Mivec yang nak di pasang kat waja



Adik aku yang sedang kusyuk menjalankan tugasnya..


Hanya itu sahaja untuk hari ni....Esok percubaan untuk mengeluarkan dan menogelkan engine serta wiring waja dari bodynya