25 October 2011

*Harga Tiket Final Piala Malaysia Rm50???

Rm 50--wtf..apa alasan FAM nak bagi dengan harga tiket yang leh dikatakan agak mahal untuk piala malaysia...adakah untuk menampung kos membaiki rumput kandang lembu stadium shah alam tu?huhh...aku rasa harga memang tak masuk akal...aku memang bukan penyokong pasukan terengganu ataupun n.sembilan tapi aku rasa harga tiket ni agak membebankan untuk penyokong kedua2 pasukan.

*Petikan dari akhbar sinar*

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk mendapat reaksi negatif daripada peminat bola sepak Negeri Sembilan dan Terengganu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol), Faidzul Mohd Noh berkata, rata-rata peminat pasukan Negeri Sembilan menyifatkan tindakan FAM melampau dan tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kegilaan rakyat Malaysia yang kini mula berminat dengan sukan bola sepak.

“Mereka (FAM) tahu sekarang ini bola sepak semakin di minati dan disebabkan itu, mereka mengambil kesempatan mengenakan harga tiket yang mahal kerana tahu bahawa kita pasti akan membelinya.

“Namun, jika ini sikap yang ditunjukkan oleh FAM, kita bimbang ramai yang akan memboikot pertandingan tersebut.

“Apa alasan FAM menaikkan harga tiket itu? Adakah mereka mementingkan keuntungan berbanding hal lain?

“Kita mahu FAM beri penjelasan yang jelas, mengapa keputusan itu di buat secara drastik dan tiba-tiba,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (Peteh), Wan Mohd Azmi Wan Ngah mahu FAM lebih rasional kerana penyokong merupakan tulang belakang kepada setiap perlawanan.

“Sudahlah kami (penyokong Terengganu) datang dari jauh dan sudah tentu memerlukan kos yang tinggi berbanding penyokong Negeri Sembilan dan kita berharap isu ini diberi perhatian sewajarnya,” katanya.





Hmmm...aku rasa FAM kena ubah harga tiket tu..kesian la penyokong terengganu yang datang dari jauh tu...memeyy tak patut laaaaaa

5 comments:

Brocade Blue said...

fifty is cheap la

Anonymous said...

bykla ko punye cheap..kl satu family tu 6 org, x ke da 300..lom campo kos laen lg..org dtg nk tgk game je..mcm nk karok kat redbox lak..redbox pon ade food..ni kene beli sendiri..cibai la..

Unknown said...

Fifty not cheap la brocade.....kalau dr terengganu kos perjalanan lagi ++ stadium shah alam yg padang dia cam kandang llembu tu mmg x berbaloi.Bukan semua penyokong orng senang...hearts

Kak Aya said...

betul, saya setuju, rm50 tu besar bagi sesetengah penyokong..kadang2 yang dtg bukan seorang dua drp satu family...harap dipertimbangkan la semua harga tersebut.

Anonymous said...

dia kata cheap sebab dia pikir utk satu kepala... cuba angkut anak bini 5 - 6 orang... datang plak dari terengganu... baru berakal nk tgk bola beratus2 kat negara sendiri....

Post a Comment