Huhuhu....hi all..pagi selasa yang sangat mengantuk....drive pagi tadi dah macam orang mabuk.Kekiri ke kanan....alhamdulillah sampai jua ke bengkel burukku.Apa nak kongsi hari ni?Semenjak dua menjak ni aku ketandusan idea lah....mana korang semua dapat idea haaa??ok la hari ni aku nak share dgn korang semua apa aku buat dari jumaat hinggalah semalam huhu
***JUMAAT***
Pagi2 cik ain kejutkan aku kata dia kena migrain dan tak larat nak ke sekolah...huhu....pastu pepagi tu jugak pengasuh wani sms bagitau yang dia nak ke sekolah pagi ni nak daftar anak dia ke pra sekolah...huh pagi2 buta ni baru nak bagitau...ce cakap dari semalam kan senang...last2 aku bagitau cik ain pergila sambung tido biar aku handle wani hehehe...last2 aku pun sambung tido gak.
Dalam pukul 8 aku terjaga sebab wani dah bising...mulut anak aku ni memang agak bising sejak kebelakangan ni.Dia tak menangis cuma mulutnya tu kalau dah berbunyi memang tak leh tido la jawabnya.Aku pun mandikan dia pastu terus keluar cari sarapan untuk cik ain.Pastu aku tinggalkan wani dgn cik ain terus gi bengkel.Si adeeb kata nak datang tengahari ni nak amik kelisa yang aku convert enjin nya tu.Apa2 hal aku sarapan dulu pastu baru aku final check up kelisa tu.
Lepas jumaat aku rasa mata aku makin pedih...nak membaca pun susah.Last2 aku pun balik rumah dalam pukul 4ptg.Off phone terus..biar orang call tak dapat dari orang call tak jawab.hahaha.Malam tu aku layan piala malaysia...tahniah la buat pasukan yang layak ke separuh akhir ye.Ntah pukul berapa aku tidur pun aku x tau....
***SABTU***
Cik ain cuti hari ni so kitorang gi keluar breakfast kat kedai mak aku.Lepas tu hantar wani dengan cik ain balik dan aku seperti biasa terus ke bengkel burukku.Aku sebenarnya sangat malas nak bekerja hari ni...Nasib aku agak baik kerana adik aku datang awal hari ni setelah banyak hari dia tak muncul2 untuk tolong aku.
Dalam pukul 12 aku ingat nak pergi kedai siam usha2 barang tapi anak adik aku si tuah ni sibuk plak nak ikut...last2 aku angkut je dia sekali.Nasib la budak ni tak banyak ragam dan dengar cakap paklong nye(aku la tu).Sampai kedai siam aku pun usha2 la apa yang patut.Si siam ni nak minta aku tolong baraikan enjin myvi dia plak sebab dia nak masukkan enjin YRV turbo kat myvi dia.
Dalam pukul 3 lebih lepas aku siap tolong siam keluarkan enjin dari myvi dia aku pun blah balik rumah.Bawak si tuah ni sekali...baru suku perjalanan dia dah tertidur...kepenatan lah tu...hhahaaha.
Pkl 4 lebih bapak si tuah ni dah call aku banyak kali hahaha...apa ingat aku tak boleh jaga anal dia la tu.Lepas mandikan tuah dgn wani aku pun keluar nak hantar si tuah ni.Lepas tu aku bawak cik ain,wani dgn adik bongsu aku Ika ronda2 putrajaya.Dalam pukul 8mlm baru sampai umah.
Lepas hantar cik ain dgn wani aku keluar pergi ke downtown mines.Sampai sana keadaan dah crowded...sekali di ahmad dhurah datang aku ajak dia gi speed city layan drift...masuk speed city kena cop kat tangan dulu baru leh masuk...teringat lak zaman muda2 dulu masuk club hahaha...kat speed city ni pun dah macam open air nye club dah aku rasa...drift,music,happening....wooohooo..layan jer la.
Bila dah bosan aku pun gerak gi downtown balik...lepak sampai 6 pg huh...macam xde kerja je hari ahad
***AHAD***
Aku mengharapkan siam x call aku.Tapi pukul 9 pg phone aku dah memekak si siam call...nak tak nak aku pergi jugak la ke kedai siam.Seharian kat sana balik rumah aku terus flat.Tidur x ingat dunia punya.Tau2 dah hari isnin huhuhu.
****So itulah ceritanya....hari isnin nye malas dah aku nak taip.....nantila aku citer ye****
0 comments:
Post a Comment