14 October 2011

Pagi yang Lemau

Alhamdulillah kerana aku masih boleh membuka mata melihat keindahan alam ciptaan allah swt pada pagi ini.Pagi ini keadaan kelam kabut sedikit kat rumah...aku rasa badan aku macam nak demam...mata pedih...berair tak henti-henti.Cik Ain dah bersiap-siap nak ke sekolah tapi aku masih terbaring.Tiba-tiba Cik Ain cakap CikWan msg kata dia takde kat rumah pagi ni ntah nak ke mana ntah.Bila aku mendengar benda lagi bertambah lemah aku dibuatnya.Last-last cik ain kata dia ambik mc je arini.Aku pun sambung tidur balik.

Pukul 9 cik ain kejut aku ajak sarapan tapi aku memang tak larat.Last-last cik ain masak je kat rumah.kesian cik ain...sorry ye...saya memang. x larat...dah dekat pukul 10 aku gagahkan jugak badan ni bangun siap-siap nak ke bengkel.Aku dah janji dengan customer sebab dia nak ambik kereta dia tengahari ni.Sampai bengkel aku ingat nak makan dulu tapi takde selera plak.

Aku nak keluar jap cari barang kelisa ni..kalau boleh aku nak balik awal hari ni sebab aku memang x larat....

0 comments:

Post a Comment