Huhuhu....hi all bloggy...hari ni semua orang yang aku jumpa sibuk bercerita tentang kematian penunggang moto gp di Sepang semalam.Amat menyedihkan la bila mendengar tentang kematian pelumba itu memandangkan aku ni antara salah seorang peminat sukan permotoran.Niat dihati semalam memang aku nak pergi tengok moto gp kat sepang tu.Tetapi memandangkan aku dah janji dengan cik ain banyak kali untuk bawa dia dengan wani berjalan-jalan pada hujung minggu maka aku batalkan la niat aku tu...family 1st maaaa...
Hari ahad pagi selepas aku siap memandikan wani aku ajak cik ain pergi breakfast kat kedai mak aku.Sebenarnya aku ada janji dengan Siam hari ni nak tolong dia siapkan wiring myvi dia...tapi dia kata dia ada hal hari ni so aku dah rancang nak bawak cik ain dengan wani pergi tengok IDBF(International Dragon Boat Festival) kat Pullman Putrajaya.Kitorang pergi beramai-ramai dengan adik aku ayie dan ika bersama bini ayie dgn anak dia manja dan tuah...kira sesi family day lah ni.
Sampai kat Pullman dah tengahari aku call mr bonet merah..dia ni customer aku dan dia yang bagitau aku tentang event ni...so aku jumpa dia kat khemah peserta..lepak kat situ je..meriah gak la event ni dengan peserta-peserta dari Singapore,Holland Filipina dan banyak lagi.Seronok gak la tengok diorang berlumba dragon boat sambil kitorang ala2 picnic kat tepi tasik putrajaya tu..hehehe..dalam pukul 2 lebih kitorang gerak pergi the mines sebab si tuah ni sibuk nak mandi kat water splash kat tingkat ata the mines tu.
Sampai the mines aku parking kat luar the mines je..ada acara auto show kat luar tu tapi aku malas lak nak ronda sebab cuaca panas.On the way ke water splash tu kitorang nampak ramai lak bebudak kecik siap dgn gendang berjalan dalam keliling the mines tu dgn pakaian tradisional india..ni semua sebab sambutan deepavali lah ni...siap suruh orang vote siapa yg paling cantik huhuhu...aku pun vote la..tak tau la siapa yang menang heheheh...sampai water splash aku pun salin baju wani bawak dia gi mani kat pool tu...hehehe bukan seronoknya dia...sorry la gambar xde sebab aku sibuk melayan dia hahahaha..
Lepas dah penat2 mandi manda perut pun dah lapar kitorang pun gerak pergi kat food courts kat tingkat 2.Lepak makan2 kat situ sambil pikir2 nak pergi mana lepas ni.Wahh diorang ni taknak balik lagi rupanya...aku layankan aje laaa..lepas makan2 kitorang pun decide nak peri I-City shah alam.Aku ok jer memandangkan niat aku memang nak berfamily day hari ni so kitorang pun blah dari mines dalam pukul 6ptg.
Dekat pukul 7ptg kitorang dah sampai kat icity shah alam...terang lagi masa tu pastu masih ada lampu yang belum dibuka...rilek2 jap beli air sambil tengok kereta yang dah banyak memasuki icity.Dah banyak berubah dah icity ni sejak last aku pergi 2 tahun lepas kalau tak silap.Si tuah ni dah tak duduk diam tengok macam2 permainan yang ada untuk dia terokai hahahaha....dan aku juga tak pasal2 terbabit sebab nak bawak wani sekali...merasa la jadi budak kecik balik hahahaha...dulu kecik2 tak dapat rasa naik menda2 camni.
Setelah penat main tu main ni tengok tu tengok ni kat icity tu kitorang pun nak blah la dalam pukul 9 camtu sebab esok nak kerja kan.Adik aku punya parking ticket lak hilang..puas la mencari ak jumpa jugak last2 kena bayar denda rm50...perghhh tak pasal2 je terbang 50...balik tu kitorang sebelum sampai rumah kitorang singgah kat kedai ikan bakar sg merab tu makan malam...masing2 dah kepenatan,wani pun dah tidurr...akhirnya pukul 11 lebih baru sampai rumah...penatttt...tapi aku puassssss
p/s harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan
0 comments:
Post a Comment