Suatu hari, sedang YB ini sedang berehat, Blackberrynya berdenyit-denyit. Satu BBS masuk. YB menekan punat-punat Blackberrynya. YB itu membaca mesej yang tertulis :
"Saya pernah tidur bersama-sama YB. Supaya saya tidak membocorkan rahsia ini, YB harus masukkan wang ke dalam akaun saya. Kalau tidak, akan heboh satu negara. YB akan hilang jawatan. YB akan malu"
YB menyandar ke kerusi empuknya.
"Habis aku, kali ini!" dia merungut sendirian. Dia mula membayangkan isterinya yang punya jambul seperti ayam belanda dan berbadan bulat seperti tong gas. Dia membayangkan bagaimana isterinya yang montel itu akan mengamuk. Dia juga membayangkan akan head line akhbar-akhbar tempatan seperti ini :
Seorang YB yang tak sedar diri didapati selalu bermukah dengan perempuan murahan.
YB cuba membuat agakan akan siapa perempuan yang telah mengugutnya itu. Tapi YB tidak menemui jawapannya. Mungkin kerana terlalu ramai perempuan yang pernah dilimpahkan spermanya sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk mengingati semua perempuan tersebut.
Akhirnya, YB mengalah. Dia memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun perempuan tersebut. Bagi YB wang tidak ada masalah baginya. Hasil rasuah 14 tahun lepas yang dibuatnya pun belum habis lagi. Belum masuk lagi dengan duit-duit rasuah yang baru dan akan masuk. Bagi YB, jawatannya sebagai YB mesti dipertahankan. Kalau jawatannya sebagai YB terbang, dia akan hilang segala-galanya.
Dua minggu kemudian:
Sekali lagi perempuan itu menghantar mesej yang sama. Masih lagi menagih wang daripada YB. masih lagi menggunakan modal ugutan yang sama: Saya pernah tidur bersama-sama YB.
YB tidak banyak pilihan. Sekali lagi dia memasukkan wang ke dalam akauan perempuan tersebut.
Untuk dua minggu selepas itu, YB sudah tidak mendengar apa-apa lagi berita daripada perempuan tersebut. Sehinggalah pada suatu pagi, perempuan itu menghantar satu SMS meminta supaya dimasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Masih lagi menggunakan modal yang sama : Saya pernah tidur bersama-sama YB.
Melalui nombor telefon SMS yang dihantar itu, YB cuba mencari siapakah gerangan perempuan tersebut.
"Siapa sebenarnya kamu ni?" tanya YB.
"Takkan YB tak ingat." balas perempuan tersebut. Kemudian dia sambung lagi, "Mesti banyak perempuan yang telah ditiduri YB sampaikan YB sendiri konpius"
"Sekurang-kurangnya, bagi tau la siapa nama kamu. Di mana kita pernah tidur sama-sama," YB seperti merayu.
"Saya boleh memberitahunya. Tapi selepas YB memasukkan dulu duit saya itu," balas perempuan itu. Manja bunyinya, sangat menggoda.
"OK," kata YB ringkas.
Selepas memasukkan wang yang diminta, YB menelefon semula perempuan tersebut. YB bertanya "Siapa nama kamu? Di mana saya pernah tidur dengan kamu?"
"Nama saya Mimie," balas perempuan itu.
"Mimie? Mimie yang mana satu?" tanya YB
"Alaaa...saya pun satu parti juga dengan YB," balas Mimie.
Kemudia Mimie sambung, "Saya pernah tidur sama-sama dengan YB dalam dewan."
"Dalam dewan???" YB kekagetan. Seingat YB, dia tak pernah tidur dengan perempuan dalam mana-mana dewan.
"Dewan Merdeka, PWTC. Masa tu perhimpunan Agung UMNO. Masa Najib buat ucapan, saya tidur. YB pun tidur. Kita sama-sama tidur sebab ucapan Najib tu sangatlah memboringkan," kata Mimie.
"Kita sama-sama tidur," bisik YB.
"Hampeh, aku tertipu..." kata YB pelan-pelan dalam hati
*****Just for fun...tiada kena mengena diantara hidup dan mati*****
0 comments:
Post a Comment