Hello semua pembaca blog aku yang x seberapa ni....Hari ni aku nak sambung citer aku semalam tentang kelisa dan YRV.Pagi tadi lepas hantar anak aku pergi pengasuh terus layan bukak enjin kelisa tu.Layan sorang jer pasal adik aku pukul 3 petang baru datang bengkel.So aku layan la bukak bodypart dia dulu...bumper depan,head lamp,bonet dengan fender kiri kanan.Memang kena bukak semua benda tu supaya senang aku nak buat kerja...lagi satu wiring kelisa ni lalu fender kiri dan kanan.
Bahagian Bodypart Depan Dah Xde
Lepas settle bukak semua tu baru aku layan bukak part enjin seperti radiator dan wiring enjin.Cuaca yang teramat panas hari ni kat bangi membuatkan aku mandi peluh hari ni....tu lah dulu mak suruh belajar rajin2 ponteng sekolah gi main snuker sapa suruh,,,sekarang tak guna nak menyesal dah...heheheh...Bahagian depan enjin ni memang akan ditogelkan habis laaa...layan jerla sensorang sambil menunggu si Amir datang hantar kereta Suzuki Swift dia sebab nak buat wiring aircond digital Swift dia tu.Finally Amir datang bagitau yang dia x jadi buat kereta harini pasal dia nak pakai kereta malam ni.Ok gak tu leh la aku fokus kat kelisa ni hari ni.
Kosong Dah Bahagian Depan
Lepas solat jumaat enjin kelisa ni dah terkeluar dari perut kereta ni..haha puas hati aku...so lepas tu aku sambung tanggalkan semua parts kat bahagia depan sebab owner minta aku spray engine bay dia.Dah jadi trend sekarang ni engine bay warna warni...so aku kenala bukak paip minyak dengan piping brek dia supaya tak terkena cat bila aku spray nanti.Biar susah sikit kerja janji hasil dia aku puas hati dan owner juga puas hati.
Terbarai Dah Enjin Ni
Ada Org Nak x Enjin Kelisa Ni??
Lepas settle semua bahagian depan aku beralih ke bahagian dashboard plak.Menanggalkan dashboard kelisa ni memang sangat senang berbanding dashboard kereta lain.Bahagian dashboard terpaksa dibuka kerana aku terpaksa menyalin semua wiring dari halfcut YRV tu masuk ke dalam kelisa ni.Lebih Kurang Pukul 5 petang kelisa ni dah togel aku kerjakan.Settle satu bahagian.
Dashboard Yg Baru Nak Terbarai
Barai Dah
Aku ingat nak sambung baraikan halfcut YRV tu...tapi apabila melihat ke arah langit yang mendung nak hujan serta angin yang kencang maka terpaksalah aku membatalkan niat aku untuk menyambung kerja aku....almaklumlah bengkel aku kan buruk je...atap pun bocor2.Kalau hujan lebat kompom air naik separas dada anak itik nye...heheeheheh...
Langit Gelap Nak Hujan
Maka aku pun berkemaslah apa yang patut sebelum yang kat langit tu gugur ke bumi.So esok akan kuceritakan pula bahagian membaraikan halfcut YRV.
***To Be Continue***
8 comments:
Malaysia here i come...jadi KL drift la lepas ni...
Blog yg amat informatif. Thankz bro! Sya pun mmpunyai hasrat mengconvert engine kelisa sya dengn engine YRV tp tengok harga hafkat di sabah ni tpksalah tanggung dulu. Plg murah pernh jumpa rm7600.00. Kalau sya duduk area2 dekat dgn bengkel bro, confirm sya akn jadi salah seorg customer.
sori! tpks "tangguh". Bukan tanggung. sori.
saya nak cari engine kelisa kosong ni ada lagi ta? call saya 012-4085304
bro just nak tnyer enjin kelisa ni ada lagi x??
salam bro klu nak wat wiring kelisa brape agak2?
X de sambungan pun nk tengok kelisa tu siap semua convert yrv...
Asslamualikum bro disborad yrv bole tk masuk kt kelisa
Post a Comment