28 October 2011

Engine Conversion From Kelisa 1.0 To YRV 1.3 *Part 1*

Hello bloggers....hari ni aku nak kongsi korang semua tentang kerja yang sedang aku buat sekarang kat bengkel buruk aku tu.Aku sekarang tengah convert enjin kelisa 1.0 ke yrv 1.3.Untuk pengetahuan korang semua YRV ni adalah dari model daihatsu .Enjin ni lebih kurang dengan enjin perodua myvi tapi YRV ni dilengkapi dengan sistem turbo.Ia juga dikenali sebagai K3-Vet.Aku dah buat projek ni banyak kali so kali ni aku saja je nak kongsi dengan korang semua.

Langkah pertama mestilah pergi kedai halfcut cari enjin YRV ni,Budget untuk halfcut YRV ni dalam lingkunga rm5500-rm6500 tengok pada budi bicara apek kedai potong tu la.Semenjak jepun dilanda tsunami tempoh hari harga halfcut agak melambung tinggi...suatu ketika dulu YRV nye halfcut leh dapat dalam rm4500 je.Setelah aku melakukan tour selama beberapa hari dengan adeeb akhirnya kitorang dapat sebiji halfcut YRV kat selayang auto city.Harga pun hanya rm5600 je.Bagi aku agak murah la kalau dibandingkan dari tempat lain.


IMG00545-20111027-1120 copy
Bersepah Halfcut


IMG00546-20111027-1122 copy
Pilih-pilihhh

IMG00547-20111027-1122 copy
Engine pun bersepah


Memula aku risau gak takutla kalau2 halfcut ni adalah halfcut dari kereta mangsa tsunami.Setelah aku belek2 aku dan setelah apek kedai potong tu start enjin YRV tu aku berpuas hati la dengan condition enjin dia.Yeahh,,,semenjak tsunami melanda jepun aku terpaksa berhati2 dalam memilih enjin kerana aku takut enjin tu datang dari bencana tsunami.


IMG00548-20111027-1125 copy
Ada gak terselit halfcut tsunami

Satu lagi masalah ialah transportation.Apek kedai potong ni taknak hantar ke Bangi...Jauh katanya...hampassss....Sib baik aku ada member bawak lori...so tengahari tadi aku pergi la ke Selayang dengan dia ambil halfcut tu.So dalam pukul 3 ptg halfcut YRV tu dah berada kat bengkel aku...Si adeeb plak pergi ambil kelisa tu dari owner kat gombak.So projek aku akan bermula esok insyaallah.

IMG00549-20111027-1129 copy
Selamat dah kat atas lori

IMG00550-20111027-1243 copy
Dah kat bengkel buruk aku

Photo0011 copy
kelisa silver tu akan kukerjakan nanti

So esok akan ku kerjakan halfcut YRV ni dengan kelisa tu.So aku akan citer lah kat korang apa yang akan berlaku esok...huhuhu....to be continue.....

6 comments:

Anonymous said...

tlg continue :) *LIKE*

Unknown said...

Jimat minyak ke pakai engine tu kat kelisa

Mohd Isa said...

Tidak kontenew pun

Mohd Isa said...

Tidak kontenew pun

Unknown said...

Biasa total berapa habis kalau tukar engine yrv ni ?

Kerol said...

Assalam cik buat pemasangan enjin yrv ke ?cik duduk dia area mana yer ?

Post a Comment