30 October 2011

Work's n Family - Engine Conversion From Kelisa 1.0 To YRV 1.3 Part 3

Hi all....alhamdulillah dapat lagi kita berbicara lagi di laman blog yang tak seberapa ni.Aku nak sambung citer pasal mengconvert enjin kelisa ke YRV.Sorry lambat update sebab semalam kan sabtu so harini ahad a.k.a family day....ni dah malam sikit baru leh mengadap lappy ni.So semalam cik ain cuti tapi pagi2 mak aku call minta tolong cik ain tolong dia kat kedai sebab 2 orang pekerja mak aku cuti.Masalahnya ialah hari sabtu pengasuh xde jadi aku terpaksa la menjaga nurul wani sampai ibunya habis tolong mak aku kat kedai.


Aku mula kerja dalam pukul 10 lebih.Bila dah start keje lambat rasa malas je nak keje hehehe...tapi kalau tak buat sapa nak buat ye tak?Perkara pertama aku buat ialah menanggalkan dashboard yrv ni bersama wiring dia.Layan beb wat keje sensorang ni...memang lambat sikit la tapi sebab kita dah ada pengalaman so aku dah tau cara nak baraikan dashboard dan wiring dia dengan cepat.Sebelum tengahari habis terbarai semua dashboard dengan wiring yrv ni.Next step bahagian enjin....


Bahagian enjin YRV ni senang je nak dibaraikan....bukak 4 skru subframe bawah tu dah jatuh dah enjin dia.Sebelum pukul 3 ptg semua dah settle.Kerja sorang beb memang la agak lambat
Bila dah siap semua aku kemas2 balik barang yang nak guna dengan barang yang tak diperlukan untuk kelisa nanti.Baru pukul 4 apa aku nak buat ni.....last2 aku cuci engine bay kelisa tu gosok2 spray undercoat.Owner nak suruh aku cat engine bay dia kaler apa??hmmm biarlah rahsia buat masa ni.Tunggu jelah aku up nanti bila dah siap cat ye.





So tajuk pun works n Family kan...habis kerja aku balik rumah siap2 nak bawa wani jenjalan putrajaya....kerja2 gak beb..family jangan dilupakan...hahahaha....lepak dataran putrajaya je dengan cik ain dan wani sambil tengok gelagat bebudak yang main kat situ.Nurul wani seronok la dengan walker dia..tengah lepak2 kat situ nampak geng2 kcar lalu....aku terus teringat kat bebudak JKCC lama dah diorang tak melepak kat bengkel aku..huhuhu...merajuk kah??


Aku ada dapat 3-4 msg dalam inbox aku kat fb tanya bengkel kat ne so kalau korang nak tau bengkel aku katne ialah bengkel aku kat area bangi.Protouch auto services- peta lokasi -
Cukupla dulu ye untuk kali ini..bye2



28 October 2011

Engine Conversion From Kelisa 1.0 To YRV 1.3 **Part 2**


Hello semua pembaca blog aku yang x seberapa ni....Hari ni aku nak sambung citer aku semalam tentang kelisa dan YRV.Pagi tadi lepas hantar anak aku pergi pengasuh terus layan bukak enjin kelisa tu.Layan sorang jer pasal adik aku pukul 3 petang baru datang bengkel.So aku layan la bukak bodypart dia dulu...bumper depan,head lamp,bonet dengan fender kiri kanan.Memang kena bukak semua benda tu supaya senang aku nak buat kerja...lagi satu wiring kelisa ni lalu fender kiri dan kanan.

bodypart
Bahagian Bodypart Depan Dah Xde

Lepas settle bukak semua tu baru aku layan bukak part enjin seperti radiator dan wiring enjin.Cuaca yang teramat panas hari ni kat bangi membuatkan aku mandi peluh hari ni....tu lah dulu mak suruh belajar rajin2 ponteng sekolah gi main snuker sapa suruh,,,sekarang tak guna nak menyesal dah...heheheh...Bahagian depan enjin ni memang akan ditogelkan habis laaa...layan jerla sensorang sambil menunggu si Amir datang hantar kereta Suzuki Swift dia sebab nak buat wiring aircond digital Swift dia tu.Finally Amir datang bagitau yang dia x jadi buat kereta harini pasal dia nak pakai kereta malam ni.Ok gak tu leh la aku fokus kat kelisa ni hari ni.

kosomg
Kosong Dah Bahagian Depan


Lepas solat jumaat enjin kelisa ni dah terkeluar dari perut kereta ni..haha puas hati aku...so lepas tu aku sambung tanggalkan semua parts kat bahagia depan sebab owner minta aku spray engine bay dia.Dah jadi trend sekarang ni engine bay warna warni...so aku kenala bukak paip minyak dengan piping brek dia supaya tak terkena cat bila aku spray nanti.Biar susah sikit kerja janji hasil dia aku puas hati dan owner juga puas hati.

keluar dah
Terbarai Dah Enjin Ni

terbarai sudah
Ada Org Nak x Enjin Kelisa Ni??


Lepas settle semua bahagian depan aku beralih ke bahagian dashboard plak.Menanggalkan dashboard kelisa ni memang sangat senang berbanding dashboard kereta lain.Bahagian dashboard terpaksa dibuka kerana aku terpaksa menyalin semua wiring dari halfcut YRV tu masuk ke dalam kelisa ni.Lebih Kurang Pukul 5 petang kelisa ni dah togel aku kerjakan.Settle satu bahagian.

dashboard
Dashboard Yg Baru Nak Terbarai

wiring
Barai Dah


Aku ingat nak sambung baraikan halfcut YRV tu...tapi apabila melihat ke arah langit yang mendung nak hujan serta angin yang kencang maka terpaksalah aku membatalkan niat aku untuk menyambung kerja aku....almaklumlah bengkel aku kan buruk je...atap pun bocor2.Kalau hujan lebat kompom air naik separas dada anak itik nye...heheeheheh...

nak ujan
Langit Gelap Nak Hujan


Maka aku pun berkemaslah apa yang patut sebelum yang kat langit tu gugur ke bumi.So esok akan kuceritakan pula bahagian membaraikan halfcut YRV.
***To Be Continue***


Engine Conversion From Kelisa 1.0 To YRV 1.3 *Part 1*

Hello bloggers....hari ni aku nak kongsi korang semua tentang kerja yang sedang aku buat sekarang kat bengkel buruk aku tu.Aku sekarang tengah convert enjin kelisa 1.0 ke yrv 1.3.Untuk pengetahuan korang semua YRV ni adalah dari model daihatsu .Enjin ni lebih kurang dengan enjin perodua myvi tapi YRV ni dilengkapi dengan sistem turbo.Ia juga dikenali sebagai K3-Vet.Aku dah buat projek ni banyak kali so kali ni aku saja je nak kongsi dengan korang semua.

Langkah pertama mestilah pergi kedai halfcut cari enjin YRV ni,Budget untuk halfcut YRV ni dalam lingkunga rm5500-rm6500 tengok pada budi bicara apek kedai potong tu la.Semenjak jepun dilanda tsunami tempoh hari harga halfcut agak melambung tinggi...suatu ketika dulu YRV nye halfcut leh dapat dalam rm4500 je.Setelah aku melakukan tour selama beberapa hari dengan adeeb akhirnya kitorang dapat sebiji halfcut YRV kat selayang auto city.Harga pun hanya rm5600 je.Bagi aku agak murah la kalau dibandingkan dari tempat lain.


IMG00545-20111027-1120 copy
Bersepah Halfcut


IMG00546-20111027-1122 copy
Pilih-pilihhh

IMG00547-20111027-1122 copy
Engine pun bersepah


Memula aku risau gak takutla kalau2 halfcut ni adalah halfcut dari kereta mangsa tsunami.Setelah aku belek2 aku dan setelah apek kedai potong tu start enjin YRV tu aku berpuas hati la dengan condition enjin dia.Yeahh,,,semenjak tsunami melanda jepun aku terpaksa berhati2 dalam memilih enjin kerana aku takut enjin tu datang dari bencana tsunami.


IMG00548-20111027-1125 copy
Ada gak terselit halfcut tsunami

Satu lagi masalah ialah transportation.Apek kedai potong ni taknak hantar ke Bangi...Jauh katanya...hampassss....Sib baik aku ada member bawak lori...so tengahari tadi aku pergi la ke Selayang dengan dia ambil halfcut tu.So dalam pukul 3 ptg halfcut YRV tu dah berada kat bengkel aku...Si adeeb plak pergi ambil kelisa tu dari owner kat gombak.So projek aku akan bermula esok insyaallah.

IMG00549-20111027-1129 copy
Selamat dah kat atas lori

IMG00550-20111027-1243 copy
Dah kat bengkel buruk aku

Photo0011 copy
kelisa silver tu akan kukerjakan nanti

So esok akan ku kerjakan halfcut YRV ni dengan kelisa tu.So aku akan citer lah kat korang apa yang akan berlaku esok...huhuhu....to be continue.....

26 October 2011

Human Body World's Record


World’s Biggest Biceps – Greg Valentino


World’s Biggest Head – Andre The Giant


World’s Longest Moustache – Badamsinh Juwansinh Gurjar


World’s Longest Ear Hair – Radhakant Bajpai


World’s Longest Nose – Mehmet Ozyurek


World’s Longest Fingernails – Lee Redmond




World's Largest Mouth-Francisco Domingo Joaquim


World’s Biggest Eyes – Kim Goodman

World’s Longest Legs – Svetlana Pankratova

World’s Longest Neck – Padaung Women

World’s Longest Eyebrow – Leonard Traenkenschuh


World’s Longest Hair – Chenq Shiquin


World’s Longest Beard – Sarwan Singh

World’s Longest Ears

World’s Biggest Hand Palms – Leonid Ivanovych Stadnyk

Wprld's Biggest Breast – Sheyla Hershey


25 October 2011

RIP Marco Simoncelli

Walaupun kejadian ni dah 2 hari berlalu tapi aku terasa nak buat gak entry ni.Ini la korban pertama litar sepang.Ada jugak yang sempit akal pertikaikan tentang kualiti trek sepang.Ini bukan masalah trek...cuba korang perhatikan kejadian tu betul2.Seperti biasa
video kat you tube dah kena delete so kalau korang nak tgk aku share link ni.

http://www.mediafire.com/?64emzm553a48e1q




Marco da ilang kontrol motor dia, tgh potong memotong ngan bautista. mula2 da tersasar nak ke luar trek, tetiba tersasar balik ke dalam trek. masa ni motor dia da rebah dan lutut dia tersangkut x leh nak wat pe pe. dtg colin edwards dr belakang x leh nak elak terus langgar belakang dia, rossi ikut seblah terlanggar sekali. masa impact ni ada seken impact yg kene bahagian kepala, sampai tercabut helmet.
aku rasa mmg patah tengkuk dah masa ni.
condolence kepada keluarga dia, awek dan rakan2 dan fan serta member2 paddock dan ahli2 keluarga motogp.
kesian gak aku ngan valentino rossi. member kamceng dia tu. jgn dia trauma x mo lumba lagi sudah ...

*Harga Tiket Final Piala Malaysia Rm50???

Rm 50--wtf..apa alasan FAM nak bagi dengan harga tiket yang leh dikatakan agak mahal untuk piala malaysia...adakah untuk menampung kos membaiki rumput kandang lembu stadium shah alam tu?huhh...aku rasa harga memang tak masuk akal...aku memang bukan penyokong pasukan terengganu ataupun n.sembilan tapi aku rasa harga tiket ni agak membebankan untuk penyokong kedua2 pasukan.

*Petikan dari akhbar sinar*

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk mendapat reaksi negatif daripada peminat bola sepak Negeri Sembilan dan Terengganu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol), Faidzul Mohd Noh berkata, rata-rata peminat pasukan Negeri Sembilan menyifatkan tindakan FAM melampau dan tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kegilaan rakyat Malaysia yang kini mula berminat dengan sukan bola sepak.

“Mereka (FAM) tahu sekarang ini bola sepak semakin di minati dan disebabkan itu, mereka mengambil kesempatan mengenakan harga tiket yang mahal kerana tahu bahawa kita pasti akan membelinya.

“Namun, jika ini sikap yang ditunjukkan oleh FAM, kita bimbang ramai yang akan memboikot pertandingan tersebut.

“Apa alasan FAM menaikkan harga tiket itu? Adakah mereka mementingkan keuntungan berbanding hal lain?

“Kita mahu FAM beri penjelasan yang jelas, mengapa keputusan itu di buat secara drastik dan tiba-tiba,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (Peteh), Wan Mohd Azmi Wan Ngah mahu FAM lebih rasional kerana penyokong merupakan tulang belakang kepada setiap perlawanan.

“Sudahlah kami (penyokong Terengganu) datang dari jauh dan sudah tentu memerlukan kos yang tinggi berbanding penyokong Negeri Sembilan dan kita berharap isu ini diberi perhatian sewajarnya,” katanya.





Hmmm...aku rasa FAM kena ubah harga tiket tu..kesian la penyokong terengganu yang datang dari jauh tu...memeyy tak patut laaaaaa

24 October 2011

***Super Sunday***

Huhuhu....hi all bloggy...hari ni semua orang yang aku jumpa sibuk bercerita tentang kematian penunggang moto gp di Sepang semalam.Amat menyedihkan la bila mendengar tentang kematian pelumba itu memandangkan aku ni antara salah seorang peminat sukan permotoran.Niat dihati semalam memang aku nak pergi tengok moto gp kat sepang tu.Tetapi memandangkan aku dah janji dengan cik ain banyak kali untuk bawa dia dengan wani berjalan-jalan pada hujung minggu maka aku batalkan la niat aku tu...family 1st maaaa...

Hari ahad pagi selepas aku siap memandikan wani aku ajak cik ain pergi breakfast kat kedai mak aku.Sebenarnya aku ada janji dengan Siam hari ni nak tolong dia siapkan wiring myvi dia...tapi dia kata dia ada hal hari ni so aku dah rancang nak bawak cik ain dengan wani pergi tengok IDBF(International Dragon Boat Festival) kat Pullman Putrajaya.Kitorang pergi beramai-ramai dengan adik aku ayie dan ika bersama bini ayie dgn anak dia manja dan tuah...kira sesi family day lah ni.

Photo0002
Photo0003
Photo0008

Sampai kat Pullman dah tengahari aku call mr bonet merah..dia ni customer aku dan dia yang bagitau aku tentang event ni...so aku jumpa dia kat khemah peserta..lepak kat situ je..meriah gak la event ni dengan peserta-peserta dari Singapore,Holland Filipina dan banyak lagi.Seronok gak la tengok diorang berlumba dragon boat sambil kitorang ala2 picnic kat tepi tasik putrajaya tu..hehehe..dalam pukul 2 lebih kitorang gerak pergi the mines sebab si tuah ni sibuk nak mandi kat water splash kat tingkat ata the mines tu.

Sampai the mines aku parking kat luar the mines je..ada acara auto show kat luar tu tapi aku malas lak nak ronda sebab cuaca panas.On the way ke water splash tu kitorang nampak ramai lak bebudak kecik siap dgn gendang berjalan dalam keliling the mines tu dgn pakaian tradisional india..ni semua sebab sambutan deepavali lah ni...siap suruh orang vote siapa yg paling cantik huhuhu...aku pun vote la..tak tau la siapa yang menang heheheh...sampai water splash aku pun salin baju wani bawak dia gi mani kat pool tu...hehehe bukan seronoknya dia...sorry la gambar xde sebab aku sibuk melayan dia hahahaha..

Photo0010
Photo0009

Lepas dah penat2 mandi manda perut pun dah lapar kitorang pun gerak pergi kat food courts kat tingkat 2.Lepak makan2 kat situ sambil pikir2 nak pergi mana lepas ni.Wahh diorang ni taknak balik lagi rupanya...aku layankan aje laaa..lepas makan2 kitorang pun decide nak peri I-City shah alam.Aku ok jer memandangkan niat aku memang nak berfamily day hari ni so kitorang pun blah dari mines dalam pukul 6ptg.

Dekat pukul 7ptg kitorang dah sampai kat icity shah alam...terang lagi masa tu pastu masih ada lampu yang belum dibuka...rilek2 jap beli air sambil tengok kereta yang dah banyak memasuki icity.Dah banyak berubah dah icity ni sejak last aku pergi 2 tahun lepas kalau tak silap.Si tuah ni dah tak duduk diam tengok macam2 permainan yang ada untuk dia terokai hahahaha....dan aku juga tak pasal2 terbabit sebab nak bawak wani sekali...merasa la jadi budak kecik balik hahahaha...dulu kecik2 tak dapat rasa naik menda2 camni.

DSC03660
DSC03663
DSC03671
DSC03696
Setelah penat main tu main ni tengok tu tengok ni kat icity tu kitorang pun nak blah la dalam pukul 9 camtu sebab esok nak kerja kan.Adik aku punya parking ticket lak hilang..puas la mencari ak jumpa jugak last2 kena bayar denda rm50...perghhh tak pasal2 je terbang 50...balik tu kitorang sebelum sampai rumah kitorang singgah kat kedai ikan bakar sg merab tu makan malam...masing2 dah kepenatan,wani pun dah tidurr...akhirnya pukul 11 lebih baru sampai rumah...penatttt...tapi aku puassssss

p/s harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan

21 October 2011

***Tenssioonnnnn***

Morning...pagi2 lagi aku dah nak eksiden dengan lori...suka hati mak bapak dia je keluar simpang...sib baik aku sempat elak..kalau tak dah jadi arwah tah apa aku sekeluarga.Apa pun alhamdulillah syukur tuhan masih menyayangi kami sekeluarga.

Semalam disebabkan otak aku dah jem+stress aku balik rumah awal.Golek2 depan tv sampai teritdur.Sedar2 dah pukul 3pg huhuhu...terjaga sebab lapar...pergi dapur makan roti gardenier je pastu sambung tido...pukul 6.30 cik ain kejut.

Hari ni aku ingat nak siapkan evo3 khan ni tapi dari pagi aku nak aktifkan maxis broadband aku x lepas2.tensen tul aku dibuatnya..Bertambah jem la kepala otak aku ni dibuatnya.Apsal la benda ni nak kena online baru leh setup??? Sakit nye jiwa aku.....

Petang ni nak tengok van si yus aka luncai kat pasar malam...special service wa bagi kat lu derr...Cik ain plak cakap nak gi shopping hari ni lepas sekolah dgn kawan dia......aku plak tetiba teringin nak tgk movie 3musketeers..hah...mampossss.....

20 October 2011

-Jemmmmm-

Jemmmm.....jem kepala otak aku...kenapala semenjak dua menjak aku rasa otak aku ni makin slow membuat decision.Adakah faktor umur aku yang semakin meningkat?Arghhh tension sekarang ni




Aku hari ni kat bengkel cuba selesaikan engine management evo3 si khan ni.Aku tak tau la apsal aku tak boleh solve problem kereta ni..puas aku pikir...bukak internet cari info...info yang ada semua tak membantu aku.Dah la haltech nye usb connector ke laptop ni kejap ok kejap tak ok.Sakit kepala aku.

Macamana berserabutnya wiring evo3 ni macam tu jugaklah serabutnya otak aku....tekanan perasaan aku hari ni...perut lapar sudah...jomm makan dulu.......