17 May 2010

Tahap Percintaan Dalam Hidup

Cinta memang tak boleh di paksa.Ia juga tidak akan datang dengan sendirinya.Kita perlu mencari cinta.Ada beberap tahap di dalam percintaan dan berhati-hatilah ketika melalui setiap tahap itu dengan pasangan anda.Ia bakal akan menentukan sama ada percintaan itu berjaya atau gagal.

TAHAP KEGEMBIRAAN
Indahnya saat bahagia yang dilalui semasa cinta berda di kemuncak.Sudah pastinya pasangan anda menjadi insan yang paling penting dalam hidup.Semuanya terasa indah.Pelbagai perkara yang menyeronokkan berlaku dilalui bersama.

TAHAP KHAYALAN
Bila kita dan pasangan kita semakin rapat.Pelbagai cerita masa depan yang kita bicarakan bersama pasangan kita.Memasang impian untuk hidup bersama selamanya,mempunyai harta dan keluarga yang bahagia.Langsung tiada keburukan yang terlihat ketika ini.Apa yang beraku semuanya indah belaka dan cuba untuk memperlihatkan segala yang terbaik sahaja dengan menyembunyikan segala keburukan.

TAHAP PENEMUAN
Pada tahap ini masing-masing sering berpura untuk menyembunyikan keburukan diri masing-masing.Tapi tidak semua orang boleh bertahan dengan hidup berpura-pura.Pada masa ini mulalah terlihat sedikit demi sedikit keburukan pasangan masing-masing.Keadaan bertambah buruk apabila ada orang yang cuba mengapi-apikan tentang keburukan pasangan kita.Pada masa ini sikap ego harus dibuang dan cuba bertolak ansur.Jika masing-masing ego dan tidak boleh bertolak ansur maka mustahil rsanya perhubungan itu boleh berterusan.Pada masa ini peluang untuk mengubah pasangan kita untuk menjadi lebih serasi adalah lebih baik.Apa yang penting adalah tolak ansur.

TAHAP KEKCEWAAN
Apa yang kita lakukan jika kita megetahui yang pasangan kita selama ini hanya terlihat yang baik dan indah sahaja sebelum ini telah terserlah sifat buruknya?Pastinya kita akan merasa kecewa.Kita sanggup menutup sebelah mata untuk menyembunyikan keburukannya?Sampai bila?Pada masa ini kita akan merasa dalam dilema.Lebih baik kita mencuba untuk menerima sikapnya dan cuba beritahu apa yang kita tidak suka.Terimalah dia seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.

TAHAP YANG SERIUS
Pada masa ini kita harus saling menyesuaikan diri antara satu sama lain.Kita harus menerima perbezaan dengan hati terbuka dan bersedia untuk memaafkan.Pada masa ini kita harus yakin dan saling mempercayai dengan pasangan masing-masing.Tabah menghadapi setiap dugaan dan selesaikan segala masalah dengan baik.

TAHAP BERSATU
Inilah masa yang dintunggu-tunggu.Pertunangan atau pernikahan adalah salah satu daripadanya.Pada masa ini kita sudah saling mempercayai antara satu sama lain.Inilah saat-saat yang ditunggu oleh pasangan yang bercinta sebelum menempuhi alam perkahwinan.

1 comments:

Ain Twitty said...

Tahap Dewa

I love you so much, my darling!

Post a Comment