14 May 2010

Malaysia vs China

Piala Thomas semi final hari ni... dapatkah pasukan Malaysia membalas dendam kepada pasukan China?Semuanya terjawab pada hari ini.Apakah strategi pasukan Malaysia untuk memerangkap pasukan China?Apakah percaturan jurulatih beregu negara Rexy untuk beregu kedua negara?Pasukan beregu kedua negara nampaknya masih belum menunjukkan potensi untuk memberi mata kepada pasukan negara.Perseorangan kedua negara juga iaitu Wong Choon Han seperti sudah terlalu tua untuk menggalas harapan Malaysia.Permainan konsisten yang ditunjukkan Hafiz pada perlawanan bertemu Denmark memberi sedikit kelegaan buat peminat sukan badminton tanah air.

Pertembungan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan adalah yang dinanti semenjak Olimpik yang lepas.Semenjak final Olimpik Lin Dan dan Chong Wei tidak pernah bertemu.Ini menjadi pertembungan diantara dua jaguh ini menjadi lebih menarik...Lee Chong Wei sudah pasti ingin membalas dendam diatas kekalahannya kepada Lin Dan sebelum ini.Lee Chong Wei adalah pemain yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk memberi mata pertama kepada Pasukan Malaysia..Beregu kedua Malaysia juga mempunyai harapan untuk memberi mata kepada pasukan Malaysia....selepas itu kita kena serahkan kepada takdir....kerana perseorangan kedua dan beregu kedua Malaysia sering memberi kemenangan kepada pasukan lawan.Mungkin tugas yang berat akan dipikul oleh Hafiz sekali lagi seperti pertemuan dengan Denmark tempoh hari.

Kata-kata jurulatih China yang negara mereka mempunyai standard permainan yang lebih tinggi daripada pasukan Malaysia mungkin mengguris hati ramai pihak terutama pemain Malaysia.Tetapi awas China..mungki standard permainan yang lebih tinggi itu akan memamkan diri anda.Marilah kita beramai-ramai memberi sikongan yang padu kepada pasukan Malaysia dan berdoalah agar pasukan Malaysia akan ke Final

5 comments:

nebular said...

Dijangka Malaysia menang........

Unknown said...

insyallah

jfook said...

Malaysia must win!

Mask-roll said...

aargghhhh tkt la...

Ain Twitty said...

aaaa.. abg ahjep kena hantar isterinya test gula di hospital serdang pukul 6 petang ini. dapatkah pengulas sukan ini menonton acara yang paling menarik itu nanti? sama-sama kita nantikan. heheheheh

Post a Comment