17 May 2010

SELAMAT DAN BERKUALITI

Beberapa minggu lepas seorang kawan aku kehilangan kereta Satria GTI yang di letakkan di hadapan rumahnya di subang.Dia menyedari kehilangan kereta itu di waktu pagi ketika ingin keluar bekerja.Kereta itu dilengkapi dengan sistem penggera...tetapi bagaimanakah ia boleh hilang?Pada pendapat saya sistem penggera yang ada tidak mencukupi untuk menghalang si pencuri untuk mencuri kereta itu.Mereka adalah golongan profesional yang mencuri kereta.Kita patut berhati-hati dalam perkara ini

Sistem penggera masih tidak cukup.Tambahkan accessories lain seperti steering lock atau pedal lock.Harus diingatkan jangan lah membeli barang-barang itu yang berharga murah.Ini kerana lagi murah sesuatu barang tu lagi rendah kualitinya.Biarlah kita membeli yang agak mahal tetapi kualitinya terjamin.Barang-barang ini mungkin masih tidak dapat menyelamatkan kereta anda dari dicuri tetapi mungkin akan melambatkan sedikit kerja si pencuri.Mungkin jika kita mempunyai wang yang lebih kita boleh memberi sistem keselamatan yang lebih canggih seperti CAPTOR.

CAPTOR menggunakan sistem frekuensi radio untuk menjejaki kereta dan mapu mengesan kereta yang hilang dalam tempoh beberapa jam sahaja.Memang kosnya agak tinggi dan ada yuran tahunan akan tetapi ianya berbaloi untuk keselamatan kereta kita.Bayangkan kereta yang berharga puluhan atau ratusan ribu ringgit yang kita bayar hasil titik peluh kita hilang sekelip mata.Pastinya kita bersa gila sekejap.Oleh itu fikir-fikirkanlah tentang keselamatan kereta anda.

Ini adalah review filem inggeris GONE IN 60 SECOND.Filem ini mengisahkan tentang pencuri professional mencuri kenderaan mewah.



0 comments:

Post a Comment