Thomas Cup 2010 final...China bertemu Indonesia.Siapakah yang akan menjadi juara?semuanya akan terjawab petang nanti.Berjayakah Taufik mengekang kepantasan Lin Dan?Atau Indonesia tersungkur seperti Pasukan Malaysia?Semua akan terjawab nanti.
Stadium putra pasti akan dipenuhi oleh penyokong pasukan Indonesia.Pada pendapat pembaca siapakah yang akan menjadi pemenang?Ada yang mengatakan China dan tidak kurang juga ada yang mengatakan Indonesia.Itu semua hak individu untuk meneka siapakah yang akan menjadi juara.Pada pendapat aku la.... kalau di lihat melalui perlawan yang lepas dan juga prestasi pemain... aku rasa China yang akan membawa pulang piala Thomas.Aku rasa pasukan China cukup unggul pada kejohanan kali ini.
Cuma aku harapkan agar penyokong Indonesia tidak berkelakuan LIAR apabila menonton perlawan akhir tersebut di stadium.Kita semua tahu bahawa penyokong Indonesia agak FANATIK.Apa yang dirisaukan ialah jika pasukan China berjaya menewaskan pasukan Indonesia dan para penyokong pasukan Indonesia yang tidak dapat menerima hakikat akan melakukan tindakan liar.Tapi aku percaya pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan di dalam stadium dan pertemuan Indo-China tidaklah terlalu merbahaya.Jika Malaysia-Indo aku pasti akan berlaku kekecohan.
Apa pun aku harapkan kejohanan ini akan berakhir dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.
1 comments:
well i think china will nick it =)
Post a Comment