15 May 2010

Piala Thomas.. Misi Sudah Berakhir

Penantian rakyat Malaysia untuk melihat Piala Thomas kembali ke Malaysia gagal.Tembok China terlalu kukuh untuk di robohkan.Pemain China begitu hebat untuk ditewaskan oleh pemain Malaysia.Pemain Malaysia kelihatan terlalu mudah untuk dijinakkan oleh pemain pasukan China.Ya... Malaysia tewas 3-0 dengan semua perlawanan dimenangi dengan straight set.Tiada tentangan sengit.Pemain Malaysia tenggelam dalam sorakan penyokong sendiri.Mungkin tekanan dan harapan yang tinggi menggunung membuatkan mereka hilang punca dan idea.

Mungkin apa yang dikatakan oleh jurulatih pasukan China bahawa pemain mereka mempunyai standard yang lebih tinggi dari pasukan Malaysia.Ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana pemain mereka menyerap tekanan dan memerangkap pemain Malaysia.Lin Dan contohnya.. kehebatan dan ketangkasannya membuatkan Lee Chong Wei kehilangan punca dan idea.Corak permainan pantas yang ditunjukkan Lin Dan memerangkap Lee Chong Wei dan helah seperti melengah-lengahkan perlawanan berjaya mengganggu rentak permainan Lee Chong Wei.Ternyata strategi pasukan China berjaya menenggelamkan pasukan Malaysia di halaman mereka sendiri.

Bagaimanapun kita patut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mara ke separuh akhir.Hanya itu sahaja yang mampu mereka beri kepada Malaysia.Mungkin peluang untuk kita belum tiba.Juga kita perlukan pelapis muda yang bersemangat tinggi untuk menggantikan pemain yang sedia ada seperti Wong Choon Han.Jurulatih juga perlu mencari formula baru bagaimana untuk memberikan kekutan mental dan fizikal kepada pasukan Malaysia.Kita tahu ramai yang kecewa dengan kekalahan ini tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa itulah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh pemain-pemain pasukan Malaysia.

Peminat sukan tanah air tetap memberi sokongan kepada pemain pasukan Malaysia dan berharap agar mereka dapat memperbaiki kelemahan yang ada.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.sekian

1 comments:

CaDLyNN said...

sedih tengok Malaysia tak dapat p final..

Try again next time skuad Malaysia!

Post a Comment