28 May 2010

Surat Untuk Suami Dan Isteri

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, Masa ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak!!!!

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang
____________________________________________________________________

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang la abang ketawa... hahahhahahahahha

Kalau Dah Perempuan tu Kata.....

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...


kalo korang rase awek or scandal korang selalu mengeluarkn ayat mcm ni..
phm2 je la yer..

27 May 2010

What Makes a Malaysian a Malaysian?

What Makes A Malaysian A Malaysian?

1. A typical young Malaysian can name all the players from a top English
Premier League club, but ask him to name one football from
Malaysia, he cannot!

2. When StreamyX come, you complain StreamyX too slow. When Maxis
Broadband come, you complain Maxis Broadband always disconnects. When
WiMax come, you complain Wimax too expensive. In the end, you say
StreamyX still the best lah.

3. When highway toll price increase, you complain. When petrol price
increase, you complain. When you go Starbucks buy RM10 coffee, NO
COMPLAINTS.

4. When you cannot find parking in a shopping mall and have to walk very
far, you complain. When you go inside the shopping mall and there's
SALE, run from one end of 1Utama to the other also NO COMPLAINTS.

5. You are always late. And the excuse you give when you're late is
always either: (a) traffic jam (b) no transport or (c) cannot find
parking.

6. You have a parent who forces you to take science stream in high
school, study engineering in Uni, then when you graduate, they ask you
to forget everything you learnt in Uni and do commerce.

7. You know someone who can specially develop an angmoh accent when
speaking to a American / British / Australian.

8. You complain against the government in kopitiam, you talk loud loud.
Leave anonymous comments on blogs, you also talk loud loud. Attend
ceremah by DAP, you shout loud loud. Then when Opposition organise a
protest and ask you to go, you dun wan. Scared later kena tangkap by
ISA.

9. Every year on the 30th April, you are one of the people below
queueing up last minute to submit your tax return at the IRB.

10. When you pay RM10 for something that costs RM1, you blame the
Chinese.

11. When a government service is too slow, you blame the Malays.

12. When a building is not good and collapsed, you blame the Indians.

13. When an angmoh stranger kiss you on the cheek to say hello, you very
happy. When a Malaysian guy kiss you on the cheek to say hello, you slap
him in face.


P/s: Angmoh: orang putih/ mat salleh/ whatever lah.

kredit to mykakis

26 May 2010

How To Upgrade Your Husband

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate Housewife


Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:

Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0 ..

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, over use can cause Husband 1.0 to default to Grumpy
Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files.


Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited
memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support


kredit to mykakis

25 Sebab Suami Anda Naik Angin

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti so tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan
memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."


DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

Artis Dunia

Artis Dunia

1) Kumpulan yg. tinggal kat belakang jalan
Back Street Boys

2) Artis yg. memiliki rekod gaji palingkecil di dunia
50 cent

3) Kumpulan pondan yg. buat show pukul 7 (pagi @malam)
Sheila on 7

4) Kumpulan yg. boleh dimakan
Cokelat

5) Kumpulan ni berasal dari barat tapi suka rempah
Spice Girls

6) Kumpulan yg. slalu tenggelam
N'Sync (And sink)

7) Geng yg. suka makan cili
Red Hot Chilli Peppers

8) Kumpulan yg. suka kaler hitam walaupun diorang org. putih
The Darkness

9) Kumpulan yg. sering mengubah uban mereka
Urban Exchange (uban exchange)

10) Geng ni terdiri drpd mamak
Teh Tarik Crew

11) Band hip - hop yg. paling gemuk
Too Phat (too fat)

25 May 2010

SURAT RASMI - Cara Minta Kahwin Lagi

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angka,
24300, Klang
Selangor

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angka,
24300, Klang
Selangor

31 April 2010

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana target saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Maria binti Marli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


P/S:
Surat ini dikirim melalui email dari seorang sahabat...

KISAH SETIN AIR

KISAH SETIN AIR...

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk
tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke
pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. kadi tanye kat pompuan
tu....

"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? pompuan tu
jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia
keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak.
ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni.... kadi pun tanye si
jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut
bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan'
dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka
keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar
dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan tuan...kan...kan "

Pesanan kepada kaum suami :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin

24 May 2010

HOSPITAL SERDANG-Laju Melulu

Pagi ni aku hantar cik ain pergi hospital Serdang.Lebih kurang pukul 8:15 kami sampai kat hospital.Aku drop cik ain kat bahagia PAC then aku pun pergi la carik parking.Berpusing-pusing aku carik parking kat parking area tu tapi tak jumpa.Lastly aku nampak satu kereta nak keluar dari parking dan aku pun standby lah dekat situ dan bagi signal.Elok je kereta tu keluar tetiba ada satu mamat ni terus masuk parking tu dengan selamber nye,aku pun hon la dia... dia buka tingkap dan angkat tangan sambil berkata ''sorry dik emergency'' iskkk...nasib baik pakcik..kalau tak kompom kena maki hamun dengan aku... dia pikir dia punya emergency je... aku punya berpusing cari parking dia tak tau.

Parking dah satu hal... ni lagi satu hal kat dalam kawasan hospital pun nak bawak laju macam nak pergi berlumba.Start dari lepas traffic light aku tengok bila traffic light tu hijau je...vrrrooommm...berlumba-lumba kereta masuk dalam kawasan hospital...come 0n la...kalau korang lambat pun tak yah lah nak lelaju dalam kawasan hospital.... aku pun hairan la apa yang diorang kejarkan... bukan nye visitors je yang laju staff pun laju.. mungkin lambat nak masuk kerja kot... pastu visitors pulak takut dapat nombor giliran yang lambat... tapi kalau lori ais pun merembat dalam hospital apa cerita??? Aku rasa kena tambah bonggol la start dari jalan masuk hospital.Baru dorang tak boleh laju.

21 May 2010

NOTEBOOK AKU SELALU HANG/KEJUNG BILA PAKAI MAXIS BROADBAND

Sakit tak jiwa korang kalau korang dah taip panjang-panjang kat new post tetiba notebook kau kejung/keras/takleh nak tekan apa-apa melainkan kalau kau off kan dia.Benda ni mula terjadi bila aku pakai maxis broadband.Tapi bila aku pakai streamyx punya wireless atau LAN cable tak pernah kena pulak.Bila aku pakai maxis broadband je bila aku start connect dalam 10-15 minit aku guna lepas tu mesti hang..... kalau korang tau kenapa tolonglah bagi tau aku... sakit betul hati aku..dah panjang lebar aku tulis tetiba laptop ni hang....ni pun aku taip lelaju sebab aku takut hang lagi.Para bloggers yang bijak pandai tolonglah aku.

18 May 2010

Kompom Gelak nyer kalau korang tgk

Macam nak pecah perut aku tgk video ni..aku surf you tube dan terjumpa video ni.


Alaaaaa Kassimmmmm!!!!!!!

Baru habis tengok cerita P.Ramlee kat TV2 berjudul IBU MERTUAKU.Cerita P.Ramlee ni tak jemu ditonton walaupin berpuluh-puluh kali.Idea dan lawaknya yang spontan je membuatkan kita tak kering gusi.Kalau bab sedih tu memang sedih.''Siapa Itu Kassim Selamat??Lawyer,Majistret?Ahli Muzik Mak..Apa!!!Ahli Muzik???Pantang Nenek Moyang Aku Berkahwin Dengan Ahli Muzik".Dialog ni memang best.Apa pun beliau tetap the best.

17 May 2010

SELAMAT DAN BERKUALITI

Beberapa minggu lepas seorang kawan aku kehilangan kereta Satria GTI yang di letakkan di hadapan rumahnya di subang.Dia menyedari kehilangan kereta itu di waktu pagi ketika ingin keluar bekerja.Kereta itu dilengkapi dengan sistem penggera...tetapi bagaimanakah ia boleh hilang?Pada pendapat saya sistem penggera yang ada tidak mencukupi untuk menghalang si pencuri untuk mencuri kereta itu.Mereka adalah golongan profesional yang mencuri kereta.Kita patut berhati-hati dalam perkara ini

Sistem penggera masih tidak cukup.Tambahkan accessories lain seperti steering lock atau pedal lock.Harus diingatkan jangan lah membeli barang-barang itu yang berharga murah.Ini kerana lagi murah sesuatu barang tu lagi rendah kualitinya.Biarlah kita membeli yang agak mahal tetapi kualitinya terjamin.Barang-barang ini mungkin masih tidak dapat menyelamatkan kereta anda dari dicuri tetapi mungkin akan melambatkan sedikit kerja si pencuri.Mungkin jika kita mempunyai wang yang lebih kita boleh memberi sistem keselamatan yang lebih canggih seperti CAPTOR.

CAPTOR menggunakan sistem frekuensi radio untuk menjejaki kereta dan mapu mengesan kereta yang hilang dalam tempoh beberapa jam sahaja.Memang kosnya agak tinggi dan ada yuran tahunan akan tetapi ianya berbaloi untuk keselamatan kereta kita.Bayangkan kereta yang berharga puluhan atau ratusan ribu ringgit yang kita bayar hasil titik peluh kita hilang sekelip mata.Pastinya kita bersa gila sekejap.Oleh itu fikir-fikirkanlah tentang keselamatan kereta anda.

Ini adalah review filem inggeris GONE IN 60 SECOND.Filem ini mengisahkan tentang pencuri professional mencuri kenderaan mewah.



Tahap Percintaan Dalam Hidup

Cinta memang tak boleh di paksa.Ia juga tidak akan datang dengan sendirinya.Kita perlu mencari cinta.Ada beberap tahap di dalam percintaan dan berhati-hatilah ketika melalui setiap tahap itu dengan pasangan anda.Ia bakal akan menentukan sama ada percintaan itu berjaya atau gagal.

TAHAP KEGEMBIRAAN
Indahnya saat bahagia yang dilalui semasa cinta berda di kemuncak.Sudah pastinya pasangan anda menjadi insan yang paling penting dalam hidup.Semuanya terasa indah.Pelbagai perkara yang menyeronokkan berlaku dilalui bersama.

TAHAP KHAYALAN
Bila kita dan pasangan kita semakin rapat.Pelbagai cerita masa depan yang kita bicarakan bersama pasangan kita.Memasang impian untuk hidup bersama selamanya,mempunyai harta dan keluarga yang bahagia.Langsung tiada keburukan yang terlihat ketika ini.Apa yang beraku semuanya indah belaka dan cuba untuk memperlihatkan segala yang terbaik sahaja dengan menyembunyikan segala keburukan.

TAHAP PENEMUAN
Pada tahap ini masing-masing sering berpura untuk menyembunyikan keburukan diri masing-masing.Tapi tidak semua orang boleh bertahan dengan hidup berpura-pura.Pada masa ini mulalah terlihat sedikit demi sedikit keburukan pasangan masing-masing.Keadaan bertambah buruk apabila ada orang yang cuba mengapi-apikan tentang keburukan pasangan kita.Pada masa ini sikap ego harus dibuang dan cuba bertolak ansur.Jika masing-masing ego dan tidak boleh bertolak ansur maka mustahil rsanya perhubungan itu boleh berterusan.Pada masa ini peluang untuk mengubah pasangan kita untuk menjadi lebih serasi adalah lebih baik.Apa yang penting adalah tolak ansur.

TAHAP KEKCEWAAN
Apa yang kita lakukan jika kita megetahui yang pasangan kita selama ini hanya terlihat yang baik dan indah sahaja sebelum ini telah terserlah sifat buruknya?Pastinya kita akan merasa kecewa.Kita sanggup menutup sebelah mata untuk menyembunyikan keburukannya?Sampai bila?Pada masa ini kita akan merasa dalam dilema.Lebih baik kita mencuba untuk menerima sikapnya dan cuba beritahu apa yang kita tidak suka.Terimalah dia seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.

TAHAP YANG SERIUS
Pada masa ini kita harus saling menyesuaikan diri antara satu sama lain.Kita harus menerima perbezaan dengan hati terbuka dan bersedia untuk memaafkan.Pada masa ini kita harus yakin dan saling mempercayai dengan pasangan masing-masing.Tabah menghadapi setiap dugaan dan selesaikan segala masalah dengan baik.

TAHAP BERSATU
Inilah masa yang dintunggu-tunggu.Pertunangan atau pernikahan adalah salah satu daripadanya.Pada masa ini kita sudah saling mempercayai antara satu sama lain.Inilah saat-saat yang ditunggu oleh pasangan yang bercinta sebelum menempuhi alam perkahwinan.

16 May 2010

CHINA vs INDONESIA

Thomas Cup 2010 final...China bertemu Indonesia.Siapakah yang akan menjadi juara?semuanya akan terjawab petang nanti.Berjayakah Taufik mengekang kepantasan Lin Dan?Atau Indonesia tersungkur seperti Pasukan Malaysia?Semua akan terjawab nanti.

Stadium putra pasti akan dipenuhi oleh penyokong pasukan Indonesia.Pada pendapat pembaca siapakah yang akan menjadi pemenang?Ada yang mengatakan China dan tidak kurang juga ada yang mengatakan Indonesia.Itu semua hak individu untuk meneka siapakah yang akan menjadi juara.Pada pendapat aku la.... kalau di lihat melalui perlawan yang lepas dan juga prestasi pemain... aku rasa China yang akan membawa pulang piala Thomas.Aku rasa pasukan China cukup unggul pada kejohanan kali ini.

Cuma aku harapkan agar penyokong Indonesia tidak berkelakuan LIAR apabila menonton perlawan akhir tersebut di stadium.Kita semua tahu bahawa penyokong Indonesia agak FANATIK.Apa yang dirisaukan ialah jika pasukan China berjaya menewaskan pasukan Indonesia dan para penyokong pasukan Indonesia yang tidak dapat menerima hakikat akan melakukan tindakan liar.Tapi aku percaya pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan di dalam stadium dan pertemuan Indo-China tidaklah terlalu merbahaya.Jika Malaysia-Indo aku pasti akan berlaku kekecohan.

Apa pun aku harapkan kejohanan ini akan berakhir dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.

15 May 2010

Piala Thomas.. Misi Sudah Berakhir

Penantian rakyat Malaysia untuk melihat Piala Thomas kembali ke Malaysia gagal.Tembok China terlalu kukuh untuk di robohkan.Pemain China begitu hebat untuk ditewaskan oleh pemain Malaysia.Pemain Malaysia kelihatan terlalu mudah untuk dijinakkan oleh pemain pasukan China.Ya... Malaysia tewas 3-0 dengan semua perlawanan dimenangi dengan straight set.Tiada tentangan sengit.Pemain Malaysia tenggelam dalam sorakan penyokong sendiri.Mungkin tekanan dan harapan yang tinggi menggunung membuatkan mereka hilang punca dan idea.

Mungkin apa yang dikatakan oleh jurulatih pasukan China bahawa pemain mereka mempunyai standard yang lebih tinggi dari pasukan Malaysia.Ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana pemain mereka menyerap tekanan dan memerangkap pemain Malaysia.Lin Dan contohnya.. kehebatan dan ketangkasannya membuatkan Lee Chong Wei kehilangan punca dan idea.Corak permainan pantas yang ditunjukkan Lin Dan memerangkap Lee Chong Wei dan helah seperti melengah-lengahkan perlawanan berjaya mengganggu rentak permainan Lee Chong Wei.Ternyata strategi pasukan China berjaya menenggelamkan pasukan Malaysia di halaman mereka sendiri.

Bagaimanapun kita patut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mara ke separuh akhir.Hanya itu sahaja yang mampu mereka beri kepada Malaysia.Mungkin peluang untuk kita belum tiba.Juga kita perlukan pelapis muda yang bersemangat tinggi untuk menggantikan pemain yang sedia ada seperti Wong Choon Han.Jurulatih juga perlu mencari formula baru bagaimana untuk memberikan kekutan mental dan fizikal kepada pasukan Malaysia.Kita tahu ramai yang kecewa dengan kekalahan ini tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa itulah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh pemain-pemain pasukan Malaysia.

Peminat sukan tanah air tetap memberi sokongan kepada pemain pasukan Malaysia dan berharap agar mereka dapat memperbaiki kelemahan yang ada.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.sekian

14 May 2010

Harapan Tinggal Harapan (Mas vs China)

Akhirnya..... apa yang dijangkakan telah berlaku... pasukan malaysia masih belum cukup hebat untuk mengatasi pasukan tembok besar China.Harapan negara kepada Lee Chong Wei terkubur selepas melihat pemain itu tersungkur di tangan Lin Dan.Ternyata Lin Dan begitu hebat untuk dikalahkan... tetapi kita harus memberi pujian kepada Chong Wei kerana memberi tentangan yang agak sengit... tetapi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Chong Wei memberi kemenangan kepada Lin Dan.Kita dapat melihat bagaimana Chong Wei yang agak tertekan ketika perlawanan.

Harapan kepada regu negara juga terkubur.ketika aku menulis ni perseorangan kedua negara sedang berlawan tetapi tanda-tanda kekalahan sudah terbit.Mungkin kita akan bernasib baik pada lain kali.Majulah sukan untuk negara

Malaysia vs China

Piala Thomas semi final hari ni... dapatkah pasukan Malaysia membalas dendam kepada pasukan China?Semuanya terjawab pada hari ini.Apakah strategi pasukan Malaysia untuk memerangkap pasukan China?Apakah percaturan jurulatih beregu negara Rexy untuk beregu kedua negara?Pasukan beregu kedua negara nampaknya masih belum menunjukkan potensi untuk memberi mata kepada pasukan negara.Perseorangan kedua negara juga iaitu Wong Choon Han seperti sudah terlalu tua untuk menggalas harapan Malaysia.Permainan konsisten yang ditunjukkan Hafiz pada perlawanan bertemu Denmark memberi sedikit kelegaan buat peminat sukan badminton tanah air.

Pertembungan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan adalah yang dinanti semenjak Olimpik yang lepas.Semenjak final Olimpik Lin Dan dan Chong Wei tidak pernah bertemu.Ini menjadi pertembungan diantara dua jaguh ini menjadi lebih menarik...Lee Chong Wei sudah pasti ingin membalas dendam diatas kekalahannya kepada Lin Dan sebelum ini.Lee Chong Wei adalah pemain yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk memberi mata pertama kepada Pasukan Malaysia..Beregu kedua Malaysia juga mempunyai harapan untuk memberi mata kepada pasukan Malaysia....selepas itu kita kena serahkan kepada takdir....kerana perseorangan kedua dan beregu kedua Malaysia sering memberi kemenangan kepada pasukan lawan.Mungkin tugas yang berat akan dipikul oleh Hafiz sekali lagi seperti pertemuan dengan Denmark tempoh hari.

Kata-kata jurulatih China yang negara mereka mempunyai standard permainan yang lebih tinggi daripada pasukan Malaysia mungkin mengguris hati ramai pihak terutama pemain Malaysia.Tetapi awas China..mungki standard permainan yang lebih tinggi itu akan memamkan diri anda.Marilah kita beramai-ramai memberi sikongan yang padu kepada pasukan Malaysia dan berdoalah agar pasukan Malaysia akan ke Final

13 May 2010

5 Sebab Malaysia Boleh Menang Dengan China Di Separuh Akhir

Malaysia akan bertemu China untuk perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2010 pada 14Mei 2010.Aku harap Malaysia boleh menang...apa pendapat korang semua?Perlawanan yang di jangka sengit dan pemenang mungkin akan bertemu Indonesia di final nanti..Bolehkah Lee Chong Wei mengutip mata pertama Malaysia ketika bertemu Lin Dan di 1st game nanti?

Disini aku senaraikan 5 sebab kenapa malaysia boleh menang.

1-Malaysia Boleh
2-China tenggelam dgn laungan 1 Malaysia
3-Malaysia bermain di tempat sendiri dgn sokongan padu penyokong
4-Lee Chong Wei,Hafiz dan pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berada pada top form
5-Malaysia memang boleh menang

12 May 2010

MALAYSIA GOING TO SEMI FINAL

mendebarkan....nasib baik Hafiz tak main macam lawan jepun semalam...aku dah seriau je menengok nye..ke pemain Denmark tu yg tak reti main....apa-apa pun aaku gembira sebab Malaysia pergi semi final...lawannya di semi final???CHINA....hahaha

Kenapa aku gelak?sebab aku tak sabar nak tengok Dato Lee Chong Wei lawan si Lin Dan...sejak Olimpik ni adalah kali pertama mereka bertemu semula...(kalau aku x silap la).Kompom Chong Wei nak balas dendam nye..tapi yang merisaukan aku ialah Beregu kedua dan single ketiga Malaysia..
Aku harap Rexy dan Misbun dapat lakukan sesuatu untuk memperbaiki mutu dan corak permainan pemain single kedua dan beregu kedua Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita beramai-ramai memenuhi stadium bukit jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan malaysia........