17 November 2011

Kelisa And YRV

Assalamualaikum....wuishhh dah berapa hari tak update blog ni.Memang tak sempat nak update sebab terlalu sibuk sejak akhir akhir ni.Kebelakangan ni bengkel aku dipenuhi dengan kereta kelisa.Alhamdulillah bertambah rezeki aku...Terima kasih ku ucapkan kepada adeeb dan ayoi kerana mempromosikan bengkel aku ke budak2 kelisa.

Ramai yang menanyakan aku kalau half cut YRV ni boleh masuk ke body lain ke selain kelisa.Halfcut YRV ni boleh je nak masuk apa-apa kereta kalau nak tapi paham-paham sudahlah...mesti banyak modifikasi yang harus dilakukan.Setahu aku halfcut YRV ni paling senang nak masuk kat Kelisa dan Kenari.Tak banyak modifikasi yang harus dilakukan.Ia juga boleh dimasukkan ke body Myvi dan Viva.Ada juga yang memasukkan YRV ni ke dalam Kembara.

Seperti biasa laa...lagi banyak modifikasi yang terpaksa dilakukan lagi banyak kos yang harus ditanggung oleh tuan punya kereta.Ini semua terpulang kepada tuan punya kereta...kalau kita mampu dan mempunyai kewangan yang kukuh kita boleh melakukan apa sahaja ke atas kereta kita.Tapi negara kita ada undang-undang.Apa yang kita lakukan haruslah menepati piawaian dari JPJ(Jabatan Pengangkutan Jalan).Kalau rasa nak koboi je terpulanglah...tapi kalau kena tahan sendiri mau ingatlah.

Hehehe...ada diantara customer aku yang datang agak terkejut melihat bengkel aku...bukannya apa...bengkel aku ni bawah pokok je...buruk lak tu...kalau hujan lebat kompom banjir paras dada anak itik.Tapi tulah kan...jangan nilai sesuatu tu daripada pandangan luaran sahaja sebelum kita mengetahui isinya.Insyaallah aku akan cuba memberi servis yang terbaik kepada semua customer aku.Buat masa ni alhamdulillah semuanya berpuas hati...kalau ada apa yang tak puas hati atau tak kena..tegurlah...manusia sentiasa melakukan kesilan...sekian dulu
-wassalam-

bengkel burukku

deretan kelisa

antara brg yg nak dijual


p/s kalau2 korang cari barang2 kelisa atau yrv try la tanya...mana tau aku ada

6 comments:

AintYourSecret said...

Salam bro. Saya dalam projek nak upgrade Kelisa 1.0 Manual 2003 ke engine lebih power sikit (YRV 1.3 NA/Turbo manual?) sebab selalu ulang alik Kelate-KL. 1.0 tak cukup nafas ler. Manual nak maintain sebab tak suka auto. Antara improvement nak masuk 1) Enjin 2)2 Airbags depan utk safety 3) Power window 4 pintu. Rasenye2 bro boleh ejas tak? Jom kite bincang lanjut. Wan, Seri Kembangangan.

Wan said...

Sorry lupe tinggal contact. aiesec.hazwan@gmail.com nanti dalam emel saya kasik no tel k?
wassalam

Anonymous said...

Assalam bro enjin yrv jpj lpas ke? Klau lpas brape kos enjin n pasang skali? Lmpu blkng kiri ori kelisa ada x? Brpa rm? Email sy. badoi_shah@yahoo.com

Anonymous said...

Salam bro nak tanye kelisa sy gegar sgt2 la bro.. rasa2 mcm total body die problem.. sbb bru je tuka mounting 3 bijik.. brape harga total body die bro? Dkt bangkel bro ade tak yg used punye.. tp masih tipop lg

Anonymous said...

assalam bos.. saya nak cari kaki mounting yrv ada tak?

Anonymous said...

lupa bos bole emel saya m_yasir767@hotmail.com

Post a Comment