07 November 2011

Penat Nak Pikir Tajuk

Isnin...Kebanyakan orang masih lagi bercuti akan tetapi aku pagi2 dah berada kat bengkel burukku.Kerja beb...kalau tak kerja mana nak datang duit.Lagipun Raya korban disambut dengan penuh kesederhanaan...tak perlu rasanya aku nak cuti sampai 3-4 hari.Bukan aku mementingkan wang ringgit akan tetapi ada kerja yang perlu disiapkan.Lagipun kerja sendiri dengan kerja dengan orang ni tak sama.Kalau kerja dgn orang kita tau cukup time dapat gaji....kalau kerja sendiri kena usaha lebih sikit baru ada gaji.

Pagi tadi aku gi kerja dengan mood yang agak kureng....mungkin tak cukup tidur pluss wani wat hal malam tadi merengek takmo tido.On the way ke bengkel jalan sangat lengang....alangkah seronoknya kalau hari2 camni.Ingat nak singgah memana sarapan tapi takde kedai bukak...aku terus je la pergi bengkel.Tengah kemas2 bengkel Siam call ajak bekpes.Pergila jumpa dia kat restoran yus sg ramal.Lepas bekpes teurs balik bengkel sambung mengemas bengkel aku yg dah macam kapal nak belayar tuh.

Pukul 5 aku chow balik rumah nak bawak cik ain dgn wani gi alamanda putrajaya,Sampai rumah tolong cik ain mandikan wani dan siapkan wani.Pukul 6 ptg keluar rumah menuju alamanda.Beli baju wani selai dua pastu makan kat RASA pastu ronda2 carefour then balik.arghhh dah xde idea nak tulis...aku nak tido dulu ye....till later...

cik ain serius pilih baju wani
Cik Ain serius pilih baju wani

wani ngantuk tunggu ibu pilh baju
Wani dah mengantuk tunggu Cik Ain
Pilih Baju

wani dah ready nak makan
Wani Dah X Sabar Nak Makan

wani makan dgn ibu
Wani Makan Dgn Cik Ain

makananku
Ni Aku Punya

wani
Nurul Wani kekenyangan

0 comments:

Post a Comment