23 November 2011

Sepang Drag Battle

Hello bloggers.Agak lama aku tidak mengupdate blog aku.Macam biasala kan ruang waktu yang terhad sentiasa membataskan aku dengan dunia maya sekaligus menghalang aku dari bermain-main dengan blog aku.Tiada apa yang menarik sangat nak dikongsikan bersama korang semua disini.Cik Ain dah start cuti sekolah....cuti pun kena kerja gak...korang kalau kawin dengan cikgu nanti korang taulah...nampak je cam dorang rilek sebab yime cuti sekolah dorang cuti..tapi sebenarnya diorang tetap gak kesekolah.

Pada 19hb iaitu pada sabtu malam minggu haritu aku pergi trek sepang saje je layan tengok sepang drag battle.Memula rasa malas nak pergi sebab rasa cam nak hujan je malam tu.Last2 si Fakrul datang bengkel aku dok ayat aku ajak pergi sana.Oleh kerana dia kata nak sponsor aku masuk paddock..aku pun pergilah....(paddock entry rm50).Boleh tahan banyak gak lah kereta yang masuk race malam ni.Tapi aku agak hampa kerana dah nak ending2 leh lak hujan turun,Tak best langsung tgk drag hujan2.Pukul 2 pagi aku dah blah balik rumah.

sdb1

sdb3

sdb7

sdb6

sdb4

sdb9

sdb10

sdb11

sdb12

sdb13

sdb14

sdb15

Inilah antara ambar yang sempat aku snap malam tu....

17 November 2011

Kelisa And YRV

Assalamualaikum....wuishhh dah berapa hari tak update blog ni.Memang tak sempat nak update sebab terlalu sibuk sejak akhir akhir ni.Kebelakangan ni bengkel aku dipenuhi dengan kereta kelisa.Alhamdulillah bertambah rezeki aku...Terima kasih ku ucapkan kepada adeeb dan ayoi kerana mempromosikan bengkel aku ke budak2 kelisa.

Ramai yang menanyakan aku kalau half cut YRV ni boleh masuk ke body lain ke selain kelisa.Halfcut YRV ni boleh je nak masuk apa-apa kereta kalau nak tapi paham-paham sudahlah...mesti banyak modifikasi yang harus dilakukan.Setahu aku halfcut YRV ni paling senang nak masuk kat Kelisa dan Kenari.Tak banyak modifikasi yang harus dilakukan.Ia juga boleh dimasukkan ke body Myvi dan Viva.Ada juga yang memasukkan YRV ni ke dalam Kembara.

Seperti biasa laa...lagi banyak modifikasi yang terpaksa dilakukan lagi banyak kos yang harus ditanggung oleh tuan punya kereta.Ini semua terpulang kepada tuan punya kereta...kalau kita mampu dan mempunyai kewangan yang kukuh kita boleh melakukan apa sahaja ke atas kereta kita.Tapi negara kita ada undang-undang.Apa yang kita lakukan haruslah menepati piawaian dari JPJ(Jabatan Pengangkutan Jalan).Kalau rasa nak koboi je terpulanglah...tapi kalau kena tahan sendiri mau ingatlah.

Hehehe...ada diantara customer aku yang datang agak terkejut melihat bengkel aku...bukannya apa...bengkel aku ni bawah pokok je...buruk lak tu...kalau hujan lebat kompom banjir paras dada anak itik.Tapi tulah kan...jangan nilai sesuatu tu daripada pandangan luaran sahaja sebelum kita mengetahui isinya.Insyaallah aku akan cuba memberi servis yang terbaik kepada semua customer aku.Buat masa ni alhamdulillah semuanya berpuas hati...kalau ada apa yang tak puas hati atau tak kena..tegurlah...manusia sentiasa melakukan kesilan...sekian dulu
-wassalam-

bengkel burukku

deretan kelisa

antara brg yg nak dijual


p/s kalau2 korang cari barang2 kelisa atau yrv try la tanya...mana tau aku ada

11 November 2011

Toyota Duet or Daihatsu Storia

Assalamualaikum.....dah berapa hari tak berupdate blog aku ni.Sibuk kat bengkel buruk aku membataskan aku dengan dunia blogging.Hari ni pukul 12 malam baru balik rumah.Penat betul rasa badan ni tapi nak buat camne tanggungjawab aku untuk menyiapkan semua kereta yang ada kat bengkel tu.Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku rezeki yang tak putus2.Yang penting kita bekerja kenalah ikhlas demi mencari rezeki untuk keluarga.

Ok...cukuplah aku melalut ye.Tengok tajuk tu.Kat sini aku nak tanya sikit la kat orang diluar sana yang menjelajah blog aku ni....apa beza toyota duet dengan daihatsu storia?Dua hari lepas ada sebiji halfcut mendarat kat bengkel aku....ada yang kata storia ada yang kata duet.Aku pun naik pening memikirkannya.Bila tengok kat website memang rupa dia lebih kurang je.

front view


side view


baru sampai



07 November 2011

Penat Nak Pikir Tajuk

Isnin...Kebanyakan orang masih lagi bercuti akan tetapi aku pagi2 dah berada kat bengkel burukku.Kerja beb...kalau tak kerja mana nak datang duit.Lagipun Raya korban disambut dengan penuh kesederhanaan...tak perlu rasanya aku nak cuti sampai 3-4 hari.Bukan aku mementingkan wang ringgit akan tetapi ada kerja yang perlu disiapkan.Lagipun kerja sendiri dengan kerja dengan orang ni tak sama.Kalau kerja dgn orang kita tau cukup time dapat gaji....kalau kerja sendiri kena usaha lebih sikit baru ada gaji.

Pagi tadi aku gi kerja dengan mood yang agak kureng....mungkin tak cukup tidur pluss wani wat hal malam tadi merengek takmo tido.On the way ke bengkel jalan sangat lengang....alangkah seronoknya kalau hari2 camni.Ingat nak singgah memana sarapan tapi takde kedai bukak...aku terus je la pergi bengkel.Tengah kemas2 bengkel Siam call ajak bekpes.Pergila jumpa dia kat restoran yus sg ramal.Lepas bekpes teurs balik bengkel sambung mengemas bengkel aku yg dah macam kapal nak belayar tuh.

Pukul 5 aku chow balik rumah nak bawak cik ain dgn wani gi alamanda putrajaya,Sampai rumah tolong cik ain mandikan wani dan siapkan wani.Pukul 6 ptg keluar rumah menuju alamanda.Beli baju wani selai dua pastu makan kat RASA pastu ronda2 carefour then balik.arghhh dah xde idea nak tulis...aku nak tido dulu ye....till later...

cik ain serius pilih baju wani
Cik Ain serius pilih baju wani

wani ngantuk tunggu ibu pilh baju
Wani dah mengantuk tunggu Cik Ain
Pilih Baju

wani dah ready nak makan
Wani Dah X Sabar Nak Makan

wani makan dgn ibu
Wani Makan Dgn Cik Ain

makananku
Ni Aku Punya

wani
Nurul Wani kekenyangan

06 November 2011

Part 5-Kelisa To YRV

Assalamualaikum....1st sekali aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada seluruh pembaca yang beragama islam.Hari ni barulah aku berkesempatan nak update blog aku ni.Hari raya haji tahun ni disambut dengan penuh kesederhanaan oleh keluarga aku.Takde nak masak grand2..cukuplah sekadar ketupat dan rendang ayam.

Ok hari ni aku nak sambung pasal kereta kelisa yang aku convert tu.Alhamdulillah dah siap akhirnya kereta tu dan sudah selamat berjalan dengan baiknya di atas jalan raya.Semuanya berjalan lancar .Tak banyak yang aku nak ceritakan cukuplah sekadar gambar sebab aku dah terlebih makan rendang ayam hehehehe.

wiringg
Menyambung wiring

almostt
Sikit je lagi

siap dahh
Siap dah

siap dah
Dah leh berlumba ni

itulah sajhaja untuk kali ini.semoga berjumpa lagii

02 November 2011

PINK???RED???PURPLE??? Engine Conversion From Kelisa 1.0 to YRV 1.3 Part 4

Dah berapa hari aku tak update blog ni...kesibukan dan kepenatan telah membataskan aku dari duduk mengadap lappy dan mengupdate blog aku.So kat sini aku nak sambung la citer pasal kereta kelisa yang sedang bertapa kat bengkel buruk aku tu.Isnin Pagi aku terpaksa atau dipaksa oleh mr siam untuk menolong dia menyiapkan wiring kereta myvi dia yang dia pasang sendiri enjin YRV.Nak tak nak aku terpaksa tolong dia sebab aku dah terjanji nak tolong dia...janji haruslah ditepati kan...

-Selasa-
Semalam buat kerja kat tempat siam sampai pukul 1pg....balik rumah dah pukul 2pg.Penat gila... pukul 6.30 pagi dah bangun siap2 nak hantar cik ain pergi sekolah pastu terus pergi bengkel.Aku agak lemau hari ni kerana tak cukup tidur semalam.Dalam pukul 10 lebih aku pergi ke kajang utama beli cat untuk engine bay kelisa ni....Lepas tu terus balik bengkel standby nak cat engine bay....baru siap spray lapisan pertama tiba2 hujan!!!!!

kedai cat
kedai cat

Huhh...hujan....lemah semangat aku bila tengok hujan turun...maklumla bengkel aku kan buruk je...xde dinding...hujan tempias....kena la cat yang aku baru spray tu.Terus hilang mood aku nak kerja....Hujan pun tak renti2 sampai ke malam....balik rumah mandi terus tidur...sedar2 cik ain kejut dah pagi..huhuhu...

-Rabu-

Hari ni aku rasa semangat sangat nak buat kelisa ni...lepas hantar nurul wani terus aku spray engine bay tu.Kaler???korang teka lah sendiri kaler dia sebab aku tgk macam purple kejap pink,,,kejap merah...entahlah aku pun tak tau..aku harap owner berpuas hati lah dengan kaler tu..aku rasa lawa gak kaler dia..ye ke?ntahlaaa...

dah siap cat 2
Dah Siap Cat

dah siap cat


Sementara tunggu cat tu kering aku bawak subframe YRV ni ke kedai kawan aku untuk dibakar stabilizer bar dia.Stabilizer bar tu memang kena bakar sebab kita terpaksa menggunakan lower arm kelisa semula.Tak boleh pakai YRV beb terkeluar tayar nanti.hehehe...Balik aku tengok cat dah kering...alhamdulillah sebab hujan nak turun lagi.

stabilizer bar
Anak PAnah Menunjukkan Tempat Dibakar

Lepas hujan berenti aku terus pasang2 apa yang patut kat enjin dengan bay sebelum aku naikkan enjin YRV ni ke dalam kelisa tu.Menjelang pukul 5 petang enjin YRV tu dah selamat masuk kedalam engine bay kelisa.Esok tinggal nak kemaskini wiring dia,driveshaft,absorber...mmmmm apa lagi ekkk???Esok la aku pikir...dah penat dah nak menaip ni....

enjin dah masuk 2


enjin dah masuk
Selamat dah duduk tempat baru

-to be continue-

**maaf kualiti gambar kurang memuaskan**