07 July 2010

Day 5 Mivec to Waja.

Hari kelima........ semi final World Cup betul- betul memberi kesan.Tahniah kepada Holland kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir..... lawannya Sepanyol atau Germany.... Sama-sama kita tunggu pagi ni.

Ok...tinggalkan cerita world cup.Hari ini aku agak lewat sampai ke workshop..sib baik workshop aku... aku kuli akulah boss.... hehehe... kalau kerja dengan orang dah tentu kena terajang keluar dari workshop nyer!!!!... ok...hari ni aku target nak settlekan bahagian dalam... maksudnya wiring dan dashboard.... sedang aku syok-syok nak dapat idea camne nak modified tapak untuk pasang dashboard tu tetiba aku rasa angin kuat... aku pandang atas.... langit hitam... oh tidak.... ia akan berlaku lagi.... aku dengan kelam kabut cuba selamatkan benda-benda yang penting supaya tak tenggelam di dalam takungan air hujan nanti.Alhamdulillah.... hujan pun turun dengan lebat berserta angin kencang seakan akan ingin menerbangkan bumbung bengkel aku sekali.... tapi tuhan tu masih sayangkan aku..dia tahu itulah tempat aku menari rezeki.

Hujan turun dengan sangat lebat... seperti biasa... kalau hujan dah tahap maksima.... bengkel aku akan menjadi kolam takungan air... hahahaha... mesti korang takut jer dengar kan.Biasala... bukan aku taknak renovate bengkel aku bagi elok-elok sikit... masalahnya dana masih tidak mencukupi.Minta pinjaman TEKUN diorang kata pinjaman dibekukan sementara kerana ada peminjam yang tongon tau pinjam tak tau bayar.Yang menjadi mangsa adalah orang orang sangat memerlukan seperti aku.Takpelah... aku kumpul je la sesikit.. lama-lama jadi bukit.

So....xdelah apa-apa perubahan kat waja tu hari ni kerana cuaca buruk.... korang jangan ingat nelayan je takleh wat kerja kalau cuaca buruk.... aku pun sama gak macam dorang hahahah... oklah...timing aku untuk siapkan waja tu dah lari 1 hari.Esok aku kena catch up balik.... mungkin esok aku kena pulun sampai tengah malam.Kalau boleh sampai hidup enjin mivec tu.Aku harap-harap sangat agar esok tiada apa-apa kesulitan yang berlaku.






0 comments:

Post a Comment