05 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 3

Hari ni cuaca agak panas... tapi oklah daripada hujan.kalau hujan kompom terbengkalai lagila projek aku ni.Ok..Day 3... aku rasa aku dah super lambat buat projek ni.Tapi biasalah.. nak wat camne... aku buat kerja dengan adik aku je... korang paham-paham jela kalau kerja bengkel cuma 2 orang je.... kena pulak ada customer datang nak servis ke apa ke... memang lari la timing di buatnya.Adik aku plak pukul 11pg tu dah paling awal lah tu dia sampai bengkel... tapi takpe... asalkan dia nak kerja dan tolong aku dah cukup bagus.


Hari ni aku start buat kerja dalam pukul sembilan.Memula sekali aku baraikan dashboard kat halfcut Mivec tu..Pastu aircond console dia..last sekali wiring dia.....ok settle bahagian dlm.Pastu bahagian enjin biasala....radiator..power steering.. aircond hos...eiii memacam lagila..... Tengah syok buat kerja ade sorang pakcik tu mintak tukar break pad dia... aku suruh adik aku tukarkan... bila dah siap tukar dia kata break still takde... bila aku check rupanya master pump dia yang problem.... adoiii... dah satu hal nak bukak master pump dia ..agak lama juga masa dihabiskan kat kereta pakcik tu sebelum kami dapat menyambung semula tugas kami yang tergendala tu... bila settle kereta pakcik tu kami pun cuba untuk mengeluarkan enjin Mivec tu dari ruang enjin dia...Alhamdulillah semua nya berjalan lancar....


Ok semua dah settle...Lebih kurang pukul 8malam aku pun cakap kat adik aku kita sambung esok... Muka belah kanan aku dah mula rasa sakit balik ni.... isk.. kalau nak sakit pun tunggula aku settle projek ni.Esok aku target nak pasang enjin mivec tu dalam waja dengan dashboard sekali..leh ke??? aku pun tak tau...tunggula esok yek.... okla...aku nak mandi dulu....jumpa esok!!!!






gambar2 ni aku amik masa dah gelap..biasala kamera murah...kualiti pun murah la!!

1 comments:

semut lelabah said...

hhohoo.. sambung esok nak tau apa jadik!

Post a Comment