07 July 2010

Day 5 Mivec to Waja.

Hari kelima........ semi final World Cup betul- betul memberi kesan.Tahniah kepada Holland kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir..... lawannya Sepanyol atau Germany.... Sama-sama kita tunggu pagi ni.

Ok...tinggalkan cerita world cup.Hari ini aku agak lewat sampai ke workshop..sib baik workshop aku... aku kuli akulah boss.... hehehe... kalau kerja dengan orang dah tentu kena terajang keluar dari workshop nyer!!!!... ok...hari ni aku target nak settlekan bahagian dalam... maksudnya wiring dan dashboard.... sedang aku syok-syok nak dapat idea camne nak modified tapak untuk pasang dashboard tu tetiba aku rasa angin kuat... aku pandang atas.... langit hitam... oh tidak.... ia akan berlaku lagi.... aku dengan kelam kabut cuba selamatkan benda-benda yang penting supaya tak tenggelam di dalam takungan air hujan nanti.Alhamdulillah.... hujan pun turun dengan lebat berserta angin kencang seakan akan ingin menerbangkan bumbung bengkel aku sekali.... tapi tuhan tu masih sayangkan aku..dia tahu itulah tempat aku menari rezeki.

Hujan turun dengan sangat lebat... seperti biasa... kalau hujan dah tahap maksima.... bengkel aku akan menjadi kolam takungan air... hahahaha... mesti korang takut jer dengar kan.Biasala... bukan aku taknak renovate bengkel aku bagi elok-elok sikit... masalahnya dana masih tidak mencukupi.Minta pinjaman TEKUN diorang kata pinjaman dibekukan sementara kerana ada peminjam yang tongon tau pinjam tak tau bayar.Yang menjadi mangsa adalah orang orang sangat memerlukan seperti aku.Takpelah... aku kumpul je la sesikit.. lama-lama jadi bukit.

So....xdelah apa-apa perubahan kat waja tu hari ni kerana cuaca buruk.... korang jangan ingat nelayan je takleh wat kerja kalau cuaca buruk.... aku pun sama gak macam dorang hahahah... oklah...timing aku untuk siapkan waja tu dah lari 1 hari.Esok aku kena catch up balik.... mungkin esok aku kena pulun sampai tengah malam.Kalau boleh sampai hidup enjin mivec tu.Aku harap-harap sangat agar esok tiada apa-apa kesulitan yang berlaku.






06 July 2010

4G92 Mivec Inside Waja Day 4

Day 4....hehe,.. lega sikit aku rasa harini sebab enjin mivec dah selamat disemadikan kedalam ruang enjin Waja.Bahagian depan tinggal nak buat final touch up je dengan wiring sikit sikit.Masalahnya dgn waja nye lampu ni dia tak pakai standard socket untuk lampu dia...leh lak wat lain dari yang lain.Saje je nak wat berserabut kepala otak aku.

Aircond console kat bahagian dalam pun dah settle.. bahagian ni agak masalah kerana tapak asal tidak sama dgn console mitsubishi... tapi kan kita yang buat dia..adjust la kasi masuk.Papan Pemuka...lain tul bunyi dalam bahasa malaysia..iskk...hehe atau lebih dikenali sebagai dahsboard pun ada masalah sikit... sikit tak sikit la... pening gak la kepala ni pikir camne nak modified.Tapak untuk screw semua tak sama.. lagi satu hal la ni.Aku try settle benda ni esok.Kepala pun dah sakit ni..perut pun dah lapar... bahagian wiring kat dalam betul betul berserabut.Wiring dari half cut telah dipotong separuh...jadi aku kena potong gak wiring yang dekat waja kemudian cari satu satu fungsi wayar tu semua...agak berserabut gak la kepala otak aku memikirkannya.

Korang rasa-rasa lagi berapa hari kereta ni leh berjalan dengan selamat di atas jalan raya??aku pun tak berani nak kata.Kalau aku nye workshop besar pekerja sampai 7-8 orang aku mesti kata esok siap... tapi aku kerja 2 orang je... yang lagi sorang dah tengah hari baru sampai kerja... sib baik adik aku.... kalau orang lain dah aku berhentikan kerja hehehehe.... oklah...aku rasa ni je kot update untuk hari ni.... ingat nak tidur awal sikit malam ni sebab pukul 2pg nak bangun layan semi final world cup...hhehehhe..sekian dulu..wassalammmmmm....


Cubaan mengadjust kedudukan dashboard...
alhamdulillah selamat gak ko duduk dalam ni
urat saraf kereta ni....poning pakcik

2 gambar ni masa enjin baru je masuk dlm body waja



aku rasa spain dgn holland final world cup tahun ni....

05 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 3

Hari ni cuaca agak panas... tapi oklah daripada hujan.kalau hujan kompom terbengkalai lagila projek aku ni.Ok..Day 3... aku rasa aku dah super lambat buat projek ni.Tapi biasalah.. nak wat camne... aku buat kerja dengan adik aku je... korang paham-paham jela kalau kerja bengkel cuma 2 orang je.... kena pulak ada customer datang nak servis ke apa ke... memang lari la timing di buatnya.Adik aku plak pukul 11pg tu dah paling awal lah tu dia sampai bengkel... tapi takpe... asalkan dia nak kerja dan tolong aku dah cukup bagus.


Hari ni aku start buat kerja dalam pukul sembilan.Memula sekali aku baraikan dashboard kat halfcut Mivec tu..Pastu aircond console dia..last sekali wiring dia.....ok settle bahagian dlm.Pastu bahagian enjin biasala....radiator..power steering.. aircond hos...eiii memacam lagila..... Tengah syok buat kerja ade sorang pakcik tu mintak tukar break pad dia... aku suruh adik aku tukarkan... bila dah siap tukar dia kata break still takde... bila aku check rupanya master pump dia yang problem.... adoiii... dah satu hal nak bukak master pump dia ..agak lama juga masa dihabiskan kat kereta pakcik tu sebelum kami dapat menyambung semula tugas kami yang tergendala tu... bila settle kereta pakcik tu kami pun cuba untuk mengeluarkan enjin Mivec tu dari ruang enjin dia...Alhamdulillah semua nya berjalan lancar....


Ok semua dah settle...Lebih kurang pukul 8malam aku pun cakap kat adik aku kita sambung esok... Muka belah kanan aku dah mula rasa sakit balik ni.... isk.. kalau nak sakit pun tunggula aku settle projek ni.Esok aku target nak pasang enjin mivec tu dalam waja dengan dashboard sekali..leh ke??? aku pun tak tau...tunggula esok yek.... okla...aku nak mandi dulu....jumpa esok!!!!






gambar2 ni aku amik masa dah gelap..biasala kamera murah...kualiti pun murah la!!

04 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 2- Part 2





Akhirnya berjaya gak aku mengeluarkan enjin waja ni dari bodynya.Aku start sambung kerja dalam lebih kurang pukul 2ptg setelah hujan turun dengan lebatnya.Enjin dah keluar...wiring semua dah keluar...esok aku tinggal nak membaraikan half cut mivec tu je.Mungkin esok aku akan pulun sampai malam.

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day 2

Nampaknya apa yang dirancangkan hari bakal terunda setelah mendung di langit dan angin bertiup kencang menandakan hujan lebat bakal turun.(dah turun pun masa aku tulis ni blog ni). Ni yang merisaukan aku sebab timing semua dah lari.Tapi nak wat camne kan..ini semua kuasa allah.
Maklumlah workshop aku ni workshop kampung..takde dinding...yang ade hanya atap je dengan satu bilik stor.Tapi takpe...walaupun workshop aku ni cikai je tapi alhamdulillah selama ni kat sini lah aku mencari rezeki.Hujan pun dah lebat betul ni...bila hujan cam biasala mesti air bertakung punya kat lantai workshop aku ni...isk...kesian kan...takpe..nanti bila aku kaya aku upgrade workshop aku siap ade aircond semua...(berangan je la)....


Mendung Tak semestinya hujan (dah hujan dah pun)
Inilah bengkel cikai aku yang tak berdinding
Tunggu masa je nak runtuh air dalam awan tu!!!

03 July 2010

Cubaan memasukkan engine 4G92 Mivec Ke Dalam Waja Day1

Hari ni aku rasa malas je nak kerja.Tapi aku ni bukan kerja opis leh amik mc tapi gaji jalan.aku keje sendiri..x keje xde duit..hehehe...selalu hari sabtu orang kerja habis tengahari...tapi aku hari ni jadi terbalik plak..tengahari baru nak start.

Aku dapat 1 job ni utk convert engine 4G92 Mivec Ck masuk dlm kereta waja.So kali aku nak tunjukkan kat korang camne aku masukkan engine Mivec tu masuk dlm waja.Bukan Engine je..tapi dengan dashboard sekali.Dashboard Mivec ni guna aircond controller digital...nampak canggih la sikit kot..apapun aku tak kisah...dah itu yang owner kereta suruh..kita buat je la..janji dia bayar



Inilah kereta Waja yang dijadikan mangsa





Bahagian Dalam Waja Yang akan Dibaraikan




Ni la half cut Mivec yang nak di pasang kat waja



Adik aku yang sedang kusyuk menjalankan tugasnya..


Hanya itu sahaja untuk hari ni....Esok percubaan untuk mengeluarkan dan menogelkan engine serta wiring waja dari bodynya