28 June 2010

Isnin Yang Memalaskan

Hari ni aku rasa dah sihat sikit la.Tapi oleh kerana dah rehat lama sangat kat rumah aku jadi malas lak nak gi bengkel.Tapi bagi aku setiap hari Isnin memang memalaskan.Tak tau lah kalau orang lain.Tapi walau macam mana pun rezeki tetap kena cari.Nak tak nak kena juga pergi kerja.Kalau tak kerja macam mana nak bayar bil,makan dan macam macam lagi.


Aku sampai kat bengkel lebih kurang pukul 9 setengah.Kategori agak lewat jugak tu.Tapi at least aku sampai gak.Kereta tak banyak hari ni.Cuma ada satu je kerete kawan baik aku si Luncai.Malas tul aku rasa nak bukak kereta dia.Tapi tak boleh..kereta nilah yang dia buat untuk cari rezeki.Ada Honda satu ni nak check wiring dia.Bahagian check wiring ni aku malas sikit sebab kalau kat bahagian dalam kereta tu agak sempit.Maklumlah badan aku ni bertambah sihat macam dipam-pam je.


Ni lagi satu problem kat bengkel aku yang ntah sampai bila aku leh solve kan prolem ni.Kalau hujan je mesti air nak bertakung kat lantai bengkel aku.Tadi masa aku tengah syok-syok godek kereta si Luncai tu leh lak hujan turun.Terus hilang mood aku nak repair kereta.Dah air bertakung kat lantai.Hmmm...alasan lah tu nak online.hehehe...aku pun bukaklah laptop ni dan godek godek la apa yang patut.Errr..dah dekat kul tiga ni...aku sambung kerja balik laaaaaaa.....





Ni la laptop aku yang gedabak besar kalau nak dibezakan dgn laptop kengkawan aku
Hujan yang membanjirkan bengkel aku
Lantai yang basah dek hujan





0 comments:

Post a Comment