Firstly aku nak minta maaf kepada rakan-rakan blogger yang selalu masuk blog aku ni untuk melihat update terbaru.Bukannya aku tak nak update.Last 2 weeks aku sangat sibuk kat bengkel aku dengan engine conversion dan lain lain lagi.Sementara rezeki tuhan nak bagi aku sesah je kerja sampai pukul 11-12 malam.Mungkin kerana aku ni terlalu sibuk bekerja tanpa memikirkan kesihatan sangat semalam seorang doktor di Hospital Pakar Serdang telah mengesahkan aku diserang sejenis virus penyakit yang menyebabkan sebelah muka aku bengkak.Ya..aku sedang menanggung sakitnya sekarang.Masuk hari ni dah hampir 8 hari aku menanggung kesakitan di sebelah kanan muka dan kepala aku.Sangat sakit dan berdenyut-denyut.
Doktor mengatakan virus penyakit ni sangat-sangat jarang berlaku.Tapi aku rasa amat tersiksa dengan penyakit ni.Nak cakap susah,nak tidur susah,nak makan susah,cuba korang bayangkan sebelah muka korang bengkak dan berdenyut.Aku rasa susah nak makan sebab aku ingat memula gusi aku bengkak.Tapi doktor mengatakan itu adalah salah satu gejala dari virus tu.Tensionnya aku.Ubat-ubatan selambak aku kena makan.Hari ni aku dah rasa ok sikit.Bengkak kat muka dah susut.Rasa berdenyut dah makin berkurang.Alhamdulillah setelah menanggung siksa yang amat sangat akhirnya hari ni aku dah boleh kunyah nasi.hehehe.
Inilah antara ubat yang aku kena telan
0 comments:
Post a Comment